Apa yang Rasulullah makan masa zaman dulu ?


Assalamualaikum.

Bulan puasa ni kemain sesak lagi kat bandar. Orang berpusu-pusu nak pi bazar Ramadan. Saya pi bandar jugak tadi beli barang-barang nak buat kuih raya. Hihihi semangat sungguh. Tapi dengan saya sekali terbabit sama kat traffic jem. Agak depa ni tak tau nak masak kat rumah ka? 

Dah 3 hari berpuasa ni saya masak kat rumah aje. Senang. Takyah nak bersesak-sesak kat bazar. Cakap pasal makanan, saya pernah terfikir zaman dulu masa zamanRasulullah, diorang makan apa lagi selain kurma, roti tu semua. Godek punya godek jumpa lah satu blog yang cerita pasal makanan Nabi masa dulu.

Selera makan dan minum Rasulullah saw. sangat halus. Baginda s.a.w. sangat gemar makan daging tulang, daging leher, daging pinggang dan rusuk. Masakan istimewa orang Arab, sup dimakan bersama roti juga disukai.


Madu, cuka, tembikai, timun, labu, mentega dan beras dimasak bersama kacang juga disukai. Nabi s.a.w. juga menggemari memasukkan kurma bersama susu dan mentega. Baginda s.a.w. tidak suka makanan pedas. Makanan manis adalah kegemaran Baginda s.a.w.. Nabi s.a.w. tidak makan makanan yang menyebabkan nafas berbau seperti bawang.

Ketika minum ia tidak bersuara dan mengangkat gelas tiga kali dari bibirnya. Setiap kali gelas diangkat ia mengucapkan syukur kepada Allah. Selepas makan Nabi s.a.w. akan membersihkan tangannya dengan membasuh.

Baginda s.a.w. menyukai orang-orang duduk bersamanya makan. Apabila dibuatkan sup Nabi sa..w menyuruh ditambahkan kuah supaya lebih ramai orang dapat merasainya. Cuba bandingkan dengan zaman kita. Kadang-kadang ada yang tak bagi tambah sebab takut tak cukup. MasyaAllah.

Nabi s.a.w. melarang makan dalam bekas daripada emas dan perak. Ia menggunakan bekas yang diperbuat daripada kaca, kayu, tanah dan zink.

Sebelum duduk untuk makan di atas alas, beliau membuka kasut dan membasuh tangan. Baginda s.a.w. hanya makan dengan menggunakan tangan kanan dan mula mengambil makanan yang paling hampir dengannya. Biasanya Nabi s.a.w. duduk bersila atau bertimpuh, baginda tidak suka makan sambil bersandar. Rasululllah s.a.w. tidak duduk makan menggunakan kerusi dan meja kerana ia lambang kemewahan. Baginda s.a.w juga tidak makan makanan yang dianggap mewah, pernah Nabi s.a.w menolak makanan yang dibuat dari tepung badam kerana ia makanan orang kaya-kaya. Subhanallah. Kita kalau boleh nak makanan yang sedap-sedap belaka. Rasulullah pun menolak makanan yang daripada orang kaya-kaya.

Jika ia tidak suka sesuatu makanan, ia diam sahaja dan meninggalkan makanan itu serta tidak mengatakan sesuatu terhadap makanan itu. Kita? Jangan kata tak suka, malah mencaci si tukang masak ataupun makanan tersebut. MasyaAllah. Zalimnya kita terhadap makanan.

Jika terdapat tetamu ia akan suruh tetamu supaya makan hingga kenyang. Nabi s.a.w. tidak menolak undangan makan dan jika bersamanya ada sahabat lain beliau akan meminta izin supaya dapat bersama. Nabi s.a.w. bangun apabila orang lain berbuat demikian setelah makan. Jika orang lain telah selesai, Nabi s.a.w akan berhenti dan bangun bersama mereka. Selesai makan Nabi s.a.w. berdoa keberkatan untuk tuan rumah.

Jika Baginda s.a.w. menerima hadiah makanan ia akan mengajak sahabat –sahabat makan bersama dan menyimpan sebahagian untuk yang tidak hadir. Bukan simpan untuk makan sorang-sorang. 


Selepas adanya usaha orang Yahudi meracunnya melalui makanan, Nabi saw. selalu bertanya nama makanan yang dibawa dari tempat lain dan meminta orang yang membawanya merasa terlebih dahulu.


Sungguhpun Nabi saw. mempunyai ketajaman selera, tetapi makanannya sangat sederhana. Pernah beliau bersabda ” Aku makan dan minum sebagaimana sepatutnya seorang hamba Allah”.

Pada kebanyakan hari, Nabi saw. hanya makan buah kurma dan air sahaja. Bahkan sebahagian besar kehidupan Nabi saw . adalah kekurangan makanan. Baihaqi meriwayatkan, telah berkata Aisyah ra.: “Rasulullah SAW tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, dan sebenarnya jika kita mau, kita boleh kenyang, akan tetapi beliau selalu mengutamakan orang lain yang lapar dari dirinya sendiri. (At-Targhib Wat-Tarhib )


Comments

Popular posts from this blog

Butter Cake (Gluten-Free)

Demam campak dan pantang larangnya.