Posts

Showing posts from March, 2011

Ya Allah Dengarlah Doa Kami

Image
Wahai Allah Tuhan yang punya segala-galanya, Dengarlah rintihan kami yang penuh keluh resah, Berikanlah keampunan kepada kami, Yang tidak pernah lepas dari melakukan kejahatan, kesilapan dan dosa, Terimalah taubat kami, Teguhkanlah iman kami, Jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur dan bertaubat, Jadikanlah setiap penyesalan kami penawar dan penguat kepada iman dan jiwa kami, Agar selalu tabah dan sabar, Ya Allah, Berikanlah kami iman yan teguh, Kesihatan yang baik, Rezeki dan kekayaan yang melimpah, Ilmu yang berguna  serta kejayaan dan kemenangan, Ya Allah, Hanya kepadaMu tempat kami bergantung harap dan mengadu, Jangan Ya Allah Kau biarkan kami sendiri mengatur kehidupan kami, Ya Rahman Ya Wadud Ya Qahar, Pilihlah kami dan peliharalah kami agar kami bakal menjadi ahli syurgaMu, Dengan penamat hidup yang terbaik, Dan jadikanlah kehidupan kami di dunia ini dalam kehormatan, Amin Ya Rabbal Alamin...

5 PERKARA YG PERLU DI SEGERAKAN

  Dari Hatim Al-Asam: 'Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat', maka ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW: 1. Kalau kita buat DOSA segeralah minta ampun dari ALLAH. Pabila pelbagai kesalahan dan dosa telah dilakukan kepada Allah SWT, WAJIBlah bagi dirimu untuk segera bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya. 2. Jenazah perlu di segerakan untuk di uruskan pemakamannya.   Pabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia, WAJIBlah bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan bagi mayat tersebut. 3. Hutang mestilah diselesaikan dengan segera.   Pabila kamu berhutang dengan sesiapa yakni Allah SWT sekalipun, WAJIBlah bagi kamu untuk membayarnya kembali tatkala sampai masanya. 4. Anak perempuan kalau dah ada jodoh yang sesuai segera untuk di nikahkan.   Pabila seseorang anak gadismu telah cukup umur dan matang, WAJIBlah bagi kamu untuk mengahwinkannya. 5. Tetamu hendaklah segera di layan bila datang ke rumah.   Pabila

Syukur dan Sabar

Image
Assalamualaikum w.h.t kepada pembaca budiman, Kalau kita perhatikan hidup manusia ini, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia semestinya diuji dengan ujian tak kira la ujian tu nikmat ataupun kesusahan silih berganti datangnya. Kita juga dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat . Bila adanya kedua-dua ujian ni, hati kita kena terima dengan betul. Maknanya kita kena bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat. Sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan. Sebabnya, dalam bersabar, hati kita perlu melalui kesusahan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa kita mesti terganggu. Kalau orang cari pasal deng

Stress is good actually? Is it...??

Image
Assalamualaikum w.h.t, Dengan berbesar hati saya nak bagitahu bahawa saya sedang berbaagia bersama stress. Oh indahnya. Yeah yeah yeah... Encik Rustam kata "I love when my students get stress. It is good for you, you know?" Oh untuk pertama kali saya mendengar ucapannya, agak terkesima. What the...? Tapi bila fikir-fikir balik, betul jugak. Kalau tak stress, tak dapat lah saya pujian "Very good Syazana" Eh sebelum ni Encik Rustam telah memanggil saya "ROZANA". Heh dah macam lagu Amy Search pulak dah.. Then dengan selambanya saya kata"Dah sape pulak Rozana tu Cik?? Saya Syazana lah...." Lepas tu dia hanya tersengih-sengih saja. Ah takpe takpe, dimaafkan sebab dia dah puji saya dalam class. Ohoh hoh hoh *Tetiba hujan pulak. Sejuk..* Pada masa ini, aku lagi stress tau ngak.... Mana nak hafal karangan mandarin lagi. Kena prepare 4 karangan bertajuk Basha *pasar* Dujia *bercuti* Hui xiang *balik kampung* Kan dianshi *tengok tv* Ok dah siap bu

Very gooood !

Assalamualaikum w.h.t. Bahawasanya kita akan berasa sangatlah gembira kalau dapat pujian daripada orang lain. Ahak.. * ketawa gedik * Macam tak biasa puji orang je. Tapi kadang-kadang kena tipu siket untuk jaga hati sesetengah pihak. Hooo hipokrit gile!  Hatta * menggunakan bahasa melayu denga sewenang-wenangnya tanpa tahu apa maksudnya *, hari ni dalam kelas Corporate Finance, lecturer puji saya dengan Alie. Uhuk.. Terharu. Terima kasih Encik Rustam. Horaayy!  Dah la datang kelas lewat tadi. Hish.. Lepas tu kena duduk depan. Eh memang selama ni pun dalan kelas CF kau duduk depan sekali apa.. Ya tepat sekali. Dan dengan penggunaan calculator berharga RM130 tu sepatutnya digunakan sebaik mungkin. Tak berbaloi rasanya beli calculator mahal-mahal * terpaksa beli * tapi tokleh score A. Dah dapat "very goood" dah tadi sepatutnya memberi semangat untuk setadi lebih gigih. Ok selamat setadi.

Gedebab bab bab !

Image
Assalamualaikum w.h.t.. Ececeh.. Hati dah gembira sikit hari ni sebab dah lepas presentation bel, test FMI & quiz 2 mandarin. Ewah ewah toksah dok gumbira sangat lah. Minggu depan oral mandarin, minggu lagi satu ada Vote to Talk lagi. Amboi bersenang lenang ya kamu. Assignment lagi nak kena buat. Huh tak kesah lah. Jom la kita tengok gambar terbaru gedebab. Mama dia selalau nyanyi macam ni "Gedebab bab bab bab.."   Datang-datang terus cium gedebab. Ceh Aunty Nana je penat bagi semangat soh gedebab pandang camera.   Macam betol muke.  And finally ... !  Yeah ! Aunty Nana sakat gedebab.  Muka kaget.  Gembira sebab dayang datang layan gedebab. Tengok tv lah konon. Gedebab !

HUKUM MENIGGALKAN SOLAT

Image
MENINGGALKAN SOLAT SUBUH Barangsiapa yang meninggalkan solat subuh, nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....  MENINGGALKAN SOLAT ZOHOR Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Zohor dengan  sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam. MENINGGALKAN SOLAT ASAR Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah) Diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah... MENINGGALKAN SOLAT MAGHRIB Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzi

Pagi-pagi hari emosi dah tak stabil. Haish!

Assalamualaikum. Saya ni cukup-cukup lah geram dengan perangai sesetengah hamba Allah yang takreti nak bersyukur dengan segala macam nikmat kat dunia ni. Tak cukup dengan itu, nak tambah lagi itu dan ini. Nak orang lain ikut rentak dia. Mana boleh macam tu. Tak semua orang hidupnya mewah. Dan tak semua orang mampu nak dapatkan semua yang kita nak dalam hidup. Jadi tolong lah bertimbang rasa sikit. Kalau kerja kita dah settle, apa salahnya kita jenguk-jenguk orang lain. Tolong orang lain. *sebelum ni macam pernah cakap je pasal tolong-menolong* Tulang tu berat sangat ke nak tolong orang lain? Padahal pertolongan orang lain tu selalu kita harapkan. Jadi kita kena muhasabah diri lah sikit. Sejauh mana baik kita ni yang kita dok harap-harap sangat orang lain buat baik pada kita. Hish tak ada kesedaran sivik langsung. Saya kadang-kadang cakap jugak kat adik-adik saya. Kalau kita nak orang buat baik dengan kita,tolong kita, kita kena mulakan dulu. Siapa kita nak dapat semua benda bai

SEGMEN : BLOGGER IKUT NEGERI

Image
Assalamualaikum Eh Eh lama sudah tak join segmen Abg Ben. Memang lame gile doh... Dan baru saat ini tergerak hati nak join kembali segmen beliau. Latarbelakang : Saya lahir kat KELANTAN. Tapi I was grown up in JOHOR. So saya ni half Kelantanies, half Johorian. Hehe.. Sekarang saya tinggal kat KELANTAN sebab study. Yeah.. Saya pernah duduk PAHANG kejap masa kecil-kecil dulu sebab my dad used to be a teacher there. Profession : As I mentioned above, I am a UiTM student. Kat Kota Bharu. Oh tiap-tiap minggu pergi KB Mall sebab kena main bowling. * Arghh bosan sudah asyik pegi KB Mall * Blog favourite :   Antara belog yang saya selalu baca ofkos la belog Abang Ben . Lagi belog yang saya baca macam : Your Profile, Your Story - Gelak guling-guling bila baca belog ni. Hahahaha Hamis Jalikha & Mom - Suke suke suke. Blog Si Perantauan - Oh I am so admire her... *wink wink* Juga blog kecantikan - Ececeh... konon je tengok blog petua-petuan kecantikan

Fizz Fairuz melawak pula pasal gempa bumi di Jepun.

Image
Assalamualaikum semua. Seperti mana yang kita tahu, Jumaat lalu negara Jepun telah dilanda gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala ritcher berketinggian 10 meter di Pantai Timur Honshu. Dicatatkan lebih kurang 10,000 orang mati termasuk yang tak jumpa and so on. Memang sedih. Hati saya tersentuh tengok video-video gempa bumi kat sana. Dan sekarang pun, di Terengganu pun terancam jugak. Tapi hari tu saya terbaca kat website Oh Bulan pasal Fizz Fairuz melawak tentang gempa bumi Jepun. Mungkin dia melawak tu just main-main je. Bagi saya takde lah besar mana pun hal tu. Tapi uols boleh tengok sendiri la ye komen dia.. KataSaya Macam-macam hal...

Love Volleyball ~

Image
Assalamualaikum pembaca. Semalam ada aktiviti yang kelas saya kena join. I mean class for subject Personal Development (PD). There are 2 project that we have to assign. So this was the first project lah. The second project will be discussed later. This activity actually was held by Majlis Sukan dan Rekreasi Negeri Kelantan. And we are the representatives from  U i TM . Proud to be warga U i TM . Ahak.. * Ketawa gedik * Banyak lagi universiti lain yang join macam UMK & etc. * tak ingat actualy U mana. hahaha... * Budak-budak sekolah pun ada. Aktiviti-aktiviti tu dibahagikan mengikut kesesuaian. Untuk keluarga dan remaja. Ada pertadingan bola sepak padang, bola tampar padang, tarik tali * there's no word 'padang' for this game which was held at the beach ok* , and the climax, pertandingan memasak. So sweet.. Teka la I masuk pertandingan apa... Yes right.. Beach volleyball. Hey I know how to play lah. Pernah wakil kolej