Beberapa Perkara Tentang Orang Perempuan



Assalamualaikum pembaca.

(Wah skema gitu ayat aku)



Sebenarnya apa yang saya nak share pada entry kali ni adalah sekadar general information. Adapun fakta ini adalah bukan berdasarkan kajian saintifik, tapi dia macam ada kena mengena je dengan kehidupan harian kita. Eh, saya tak la.. Tak percaya? Tak caye sudah...



Yang pertama :
Selangkah lelaki bersamaan dengan tiga langkah orang perempuan.TAPI selangkah orang perempuan akan jadi tiga langkah orang lelaki bila diorang nampak perkataan

Nampak sangat orang perempuan ni shophaholic. Eh dok ngate orang, ekau tu sedor diri siket heh.. Haish diam!




Yang kedua :
Berdasarkan kajian, jumlah orang perempuan yang memakai cermin mata adalah lebih tingi peratusannya berbanding dengan orang lelaki. (Eh ye ke...) Kemungkinan besar sebab kenapa orang perempuan lebih banyak pakai cermin mata adalah sebab diorang RAMBANG MATA !




Yang Ketiga :
Apabila menjelang bulan ramadhan, orang perempuan selalunya akan kurangkan kekerapan bercakap. SEBALIKNYA menggandakan aktiviti
membeli belah. Yeah!!




Yang Keempat :
Kegemaran orang perempuan adalah salin resipi dari internet, dari majalah mahupun dari suratkhabar. Namun biasanya diorang masak tak pakai pun resipi-resipi bagai. Main cecampak je. 

Kumpul tak macam berbakul-bakul. Tapi haram jadah nak guna. Tapi lain ye bagi orang yang tak reti masak tu. Goreng telur pun nak tengok buku. What the.....??




Yang Kelima :
Ramai orang perempuan suka ajak kawan-kawan dia keluar makan, tapi adalah susah bebenor nak belanja kawan tu makan. Eh kalau orang perempuan ajak boyfren dia keluar, boyfren dia kena spedo semua gak ke..? Kesian si boyfren. Kena prepare duit berkepuk-kepuk dalam poket kot-kot si gelfren ajak pi shopping pulak.




Yang Keenam :
Kata bidalan yang menjadi feveret kaum-kaum perempuan ni bagi menguatkan hujah membeli barang-barang berjenama macam Bonia, Estee Lauder, Polo, Gucci, Guess, Body Shop dan sewaktu dengannya adalah;
"Alah membeli, menang memakai"
Sebenarnya orang perempuan 'alah' tengok perkataan Sale.




















KataSaya
Baru sahaja terbeli sehelai t-shirt, tudung syria dan anak tudung syria. Oh very the shophaholic..

Comments

Popular posts from this blog

Butter Cake (Gluten-Free)

Apa yang Rasulullah makan masa zaman dulu ?

Demam campak dan pantang larangnya.