Posts

Showing posts from 2012

Sahaja aku berpuasa...

Image
Assalamualaikum semua. Selamat pagi (^_^) Esok kita akan menyambut bulan Ramadan. Sekejap je dah nak puasa. Rasa macam baru je habis raya. Heh heh heh harap bulan puasa kali ini membawa seribu kebaikan kepada semua. Amin ya robbal alamin. Baju raya dah siap, rumah dah kemas dah. Cepat tak cepat tak? Biskut raya je tak buat lagi. Tak boleh buat awal sangat nanti habis. Malam ni dah boleh pergi terawih. Hoyeah! Kalau kita betul-betul menghayati keindahan Ramadan dan manisnya malam Lailatul Qadar,  boleh menitis air mata ni. Subhanallah. Tak rugi pun bangun tengah malam untuk beribadat kepada Allah. Perbanyakkan amal di bulan yang penuh keberkatan ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Saya mohon ampun dan maaf kepada semua umat manusia di dunia ini jika apa-apa saja perbuatan dan percakapan saya menyinggung hati mana-mana pihak.

Si Bujang Lapok

Image
Assalamualaikum.. Sekian lama rasanya tak update blog. Berbulan-bulan sudah. I'm not having the right time to write. Sorry! So, the new life begins. I have already finished my last exam 3 days ago. Heaven giler rasa! Woot woot! I am going to start my practical training at the end of this month. Kat Segamat. Oh yeah.. Sekali lagi heaven sebab dapat duduk rumah sendiri. Tak perlu mengidam lagi nak makan buah durian & pulasan kat kebun Tok Yah! My Cik Mon a.k.a Moni had delivered her baby a couple of weeks ago and the kitten was so comel. Sangat adorable. Alolo... Balik rumah je terus cari Si Tomok *future name utk dia in case it is a male. hahaha* Lepas ni ada geng nak gadoh. Oh sangat rindu nak gadoh dengan Adeeb.. Gonna miss him very much! Rindu my classmates also T.T Goodbye Kelantan. See you next time.

Tudung Oh Tudung!

Image
Assalamualaikum. Nowdays, ramai dah rasanya artis-artis kita dah buat penghijrahan. Yang terkeluar dari mulut cuma ' Alhamdulillah '.. Mungkin sudah sampai hidayah dariNya. Lepas ni kita berdoa supaya benda tu kekal dalam diri mereka. Tadi tengok Propaganza, they had an interview with Natasha Hudson. And she's wearing hijab. And I was like ' Eh she's wearing hijab? ' Then when the host tanya ' Ni memang pakai tudung or pakai tudung sebab baru lepas balik umrah? ' Then she said she she was permanently wearing hijab. Alhamdulillah..  Bermula dengan Wardina Saffiyah, then Irma Hasmie kalau tak silap. I really solute Wardina as the role model of muslimah zaman sekarang. Penghijrahan Diana Amir pun rasanya satu berita hot satu ketika dulu. R amai yang terkejut dan sangat gembira bila dengar berita Diana Amir berhijrah memakai tudung.  Tapi yang sedihnya, filem dia yang baru keluar tu 3 Temujanji, dia masih tak bertudung. Catriona Rose, cerita di

Siapa Ariel Sharon?

Image
Beliau merupakan bekas Perdana Menteri dan pemimpin tentera Israel. Beliau dilahirkan pada 27 Februari 1928 di Kfar Malal. Beliau telah berkhidmat di Israel Defense Forces (IDF) selama 25 tahun dan memegang jawatan Major-General. Beliau juga berkelulusan LL.B Undang-Undang di University Hebrew Baitulmuqaddis pada tahun 1962. Beliau adalah pemimpin yang sangat kejam suatu ketika dahulu. Sepanjang tempoh beliau menjadi Perdana Menteri, banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. Dia telah merosakkan bumi Palestine. Beliau juga bertanggungjawab di atas kematian ramai kanak-kanak yang tidak berdosa dan juga pejuang-pejuang Islam.  Dalam satu akhbar terbesar di Belanda, seorang Yahudi-Belanda iaitu George Sluizer telah menyatakan bahawa dia menyaksikan dengan mata kepala sendiri dua warga Palestin ditembak mati dengan pistol dari jarak dekat oleh Ariel Sharon pada tahun 1982 berhampiran kem pelarian Sabra-Shatilla. " Saya bertemu dengan Sharon dan melihat dia me

Wordless Wednesday: Cool snake bite

Image

Rant on zaman persekolahan (part 2)

Image
Assalamualaikum.. Sapa dulu masa sekolah-sekolah pernah pakai plastik kat tudung? Konon nak bagi shape cantik sikit lah pada tudung tu. Kemon kemon ngaku jelah.. Masa zaman tu memang famous betul trend macam tu. Yang tengah menaip ni pun tak terkecuali. Ok korang mesti nak gelakkan aku kan.. K fine.  Yang paling lucunya bila kita pakai bendealah tu, kita takkan sedar punya benda tu kadang-kadang terkeluar sikit dari tudung. Last saya pakai masa form 1. Then I forbidden myself from pakai that kind of thing because of one incident. So annoying ok.  Petang tu * masa form 1 * ada latihan untuk hari sukan kat sekolah. I masa dulu atlet kan, tiap-tiap petang kena la buat stretching sikit kasi fit. Sekarang je tak. Naik UiTM baru tingkat tiga dah mengah-mengah macam orang lari 200 meter. Pancit. Then dah sudah main lari-lari tu, ada lah sorang cikgu perempuan ni tegur masa kami nak balik tu, " Eh Syazana, helmet kamu terkeluar tu ". Masa tu saya macam tak dapat tangkap la

Rant on zaman persekolahan (part 1)

Image
Assalamualaikum.. Bila cakap pasal kawan, tak semestinya kita kena ada kawan yang superstrong macam Stonecold Steve Austin ataupun The Rock. Jugak tak semestinya kawan kita tu seorang yang popular macam budak Mass Com, boleh lah tumpang populariti. *eh  tak tak.. ni tiru Vanila Coklat je * Tak pun macam Regina George dalam Mean Girl. Gile jahat. Ok boleh jugak jadi jahat macam tu sebenarnya so that orang gerun sikit and you will get some respect from junior. Muahahaha.. Ok lupakan pasal Regina George yang jahat. Berbalik kepada dunia sebenar. * Harap maaf. Introduction takde kena mengena dengan tajuk entry * Masa kecik-kecik dulu masa sekolah tadika adalah masa paling seronok. Pagi-pagi mama hantar saya kat rumah pengasuh where I used to call her Mak. Lepas tu pukul 7.30 baru terhegeh-hegeh nak sikat-sikat rambut tepek bedak kat muka. * Masa ni tak pakai perfume lagi * Lepas tu pukul 8 a.m pergi tadika depan rumah.  Yang paling best masa makan la kan. Hari-hari makan diff

Watak–Watak Pengguna Di Facebook

Image
  MODEL Tukar gambar setiap hari. Mesti kena nampak gempak setiap hari. Baju pun tak boleh sama setiap profile picture. Kalau boleh warna lens pun wajib lain. Kira tak cool kalau sama je. PENJENAYAH Tukar nama setiap hari. Add orang pun dengan nama lain setiap kali. OVER ACTING Namanya menggunakan simbol-simbol sehingga menyusahkan kawan-kawan nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat) Tu belum tengok komen lagi contoh 'Hyee.. Rindu larh kat korunk.. Korunk tengah boo what apeww tuh..?' WARTAWAN Suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting. Sebagai contoh, 'Hari ni nak pergi shopping jeans kat butik Levis lah..' 30 minit lepas tu 'Hmm.. boringlah jeans kat Levis. Nak window shopping jelah'  PENGGANAS Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : 'Sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc' ) BINTANG FILEM Suka update status setiap 5 minit. Kena update sokmo.

Solat itu lebih baik dari tidur!

Image
  الصلاة   خير من النوم SOLAT itu lebih baik daripada tidur. Itu maksud kalimah di atas. Dan hanya dalam azan Subuh kalimah itu dilaungkan. Tidak pada waktu lain yang menjadikan azan Subuh itu istimewa. Sayangnya, kita selalu alpa, leka dan lupa betapa istimewanya panggilan itu kerana asyik diulit lena dan mimpi indah ciptaan syaitan untuk menghanyutkan manusia. Ia bukan semata-mata untuk kita mengerjakan solat. Tetapi hakikatnya memang benar solat itu lebih baik daripada tidur. Malah, hakikat ini turut diakui dalam kajian saintifik yang mendapati kebaikan solat dari sudut kesihatan. Allah membangunkan kita pada waktu Subuh supaya berterima kasih kerana menghidupkan kita semula setelah menidurkan kita semalaman. Cuba kita renungkan, mengapa kalimah itu hanya dilaungkan sewaktu solat Subuh, tidak pada waktu lain? Satu kajian mendapati, waktu yang mudah memicu serangan jantung sebahagian besarnya bermula antara pukul 6.00 pagi hingga ke pukul 12 tengah hari. Mengapa? Sebabnya,

Wordless Wednesday: Titanic Survivor

Image

True Story: Kehidupan seorang pelajar UiTM

Image
Kitaran hidup pelajar-pelajar UiTM. AWAL SEMESTER:  Gila sebab terlalu bosan. Minggu pertama; semua orang malas nak pegi kelas. Minggu kedua; bila semua lecturer pegi kursus BTN selama seminggu dan semua kelas dibatalkan =.= Jadi, duduk rumah sewa selama 2 minggu berturut-turut menghabiskan masa tengok movie * bagi yang tempat ada cinema tu kira macam hari-hari pegi tengok wayang sebab orang kaya tokleh lokek duit. yang tak ada cinema, tengok kat laptop je *, makan banyak * celik mata je terus cari makanan sebab tak tahu nak buat apa *, tidur * salah satu aktiviti mengisi masa lapang *, window shopping * hanya untuk pemegang biasiswa JPA sebab JPA lambat masuk *,  Financial: Berfoya-foya menghabiskan duit yang kerajaan bagi. Masa tu rasa macam dah kaya lah kan. Pegi shopping complex main ambik je segala macam yang disukai. Yelah tengah kaya lah katakan.. PERTENGAHAN SEMSTER:   Separa gila sebab sibuk nak struggle untuk test. Yang ade 2 test sebelum mid-sem untuk satu subjek

Do you have...?

Image
Unbelievable when I found these toys in my house. Still have. Hahaha.. Un-roasted chicken Yay! Roasted chicken. The fridge Granny with roasted chicken Grandpa Little oven Cookies is ready! Cute little puppy Sebenarnya bendealah ni sepupu bagi kat adik. Birthday present kot. Yang sebenarnya nak cerita macamana ayam tu boleh jadi masak tiba-tiba. Eh masa mula-mula jumpa permainan ni punya lah JAKUN. Yelah kita masa kecik-kecik dulu tak main benda ni.. So kakak pun over-excited nak main sekali. Anyway, ayam tu kan very miracle. Huahuahua.. When you (I mean me) put a few drops of ice on the chicken kan, it will turns to golden brown color. Magic tak? Same goes to the cookies. Seronok ngko main tukar-tukar warna macam tu. Hewhew.. Ok tu jelah nak bagitahu. Esok pagi adik dah nak balik UKM. Sobs sobs~ Takde teman nak baling-baling tepung lagi.. Kbye.

Asmidayu Zulaikha Eswan

Image
Rancangan di TV2, Generasi Y. Bukak TV sebab nak tengok Yuyu. Yes, that's it. 3 orang manusia hebat Dr Raja Shamri *No, he is not bold. Sewaktu mengcapture gambar tu, gambar sedang bertukar kepada muka pengacara. JLo Zulaikha  Dya Gambar original Dr Raja Shamri Kbye.

Wordless Wednesday: Strong wind

Image

Ziyad Patel

Image
Very beautiful recitation.

Wordless Wednesday: How to give gifts

Image
Click the image

Salam Maulidul Rasul

Image
Salam Maulidul Rasul kepada semua umat Islam di seluruh dunia :) "Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan yang banyak mengingati Allah"

Who's Your Favourite?

Image
Funny little girl. She's so cute..

Chronicle

Image
New film release. Chronicle.  Three high school friends gain the superhuman abilities of  telekinesis , flight, and invulnerability after making an incredible discovery in a mysterious crater. Soon, though, they find their lives spinning out of control and their bond tested as one of them, Andrew Detmer , embraces his darker side. Director : Josh Trank Writer : Max Landis Starring: Michael B. Jordan, Michael Kelly, Alex Rusell

The Wedding

Image
Assalamualaikum w.b.t Kite dah balik dari Terengganu. Yay! Punyalah nak balik cepat sebab Moni & Itam duduk kat rumah berdua aje. Risau. Kang tinggal lama-lama, balik-balik tinggal tulang je. Hehhehheh I went to Marang. Menginap di Rhu Beach Motel betul-betul kat tepi laut you know. How darat I was. Yelah kat Segamat mana ada pantai meh.. Ada Sungai Segamat aje =.= That's my uncle * model sekejap * The first part, masa on the way nak pi chalet, siap singgah kat Pantai Kemasik berpiknik dengan the whole convoyers * perkataan baru aku cipta 3 saat yang lalu *. 12 cars and 47 people. Masing-masing keluarkan masakan yang hebat-hebat belake. Bab makan memang I nombor 1 ok! Ayam goreng, kuih lapis, ayam rendang, ikan masak asam pedas sume I bedal. Makan tak pandang kiri kanan. Konon takut orang mintak ayam goreng sedap. So stingy! Then, lepas makan weols pi buat senaman ringan *konon-konon* Cikgu dan anak-anak murid  The chalet Petang tu weols pi pusing-pusing c