Solat itu lebih baik dari tidur!


 

الصلاة خير من النوم

SOLAT itu lebih baik daripada tidur. Itu maksud kalimah di atas. Dan hanya dalam azan Subuh kalimah itu dilaungkan. Tidak pada waktu lain yang menjadikan azan Subuh itu istimewa.

Sayangnya, kita selalu alpa, leka dan lupa betapa istimewanya panggilan itu kerana asyik diulit lena dan mimpi indah ciptaan syaitan untuk menghanyutkan manusia.

Ia bukan semata-mata untuk kita mengerjakan solat. Tetapi hakikatnya memang benar solat itu lebih baik daripada tidur. Malah, hakikat ini turut diakui dalam kajian saintifik yang mendapati kebaikan solat dari sudut kesihatan.

Allah membangunkan kita pada waktu Subuh supaya berterima kasih kerana menghidupkan kita semula setelah menidurkan kita semalaman. Cuba kita renungkan, mengapa kalimah itu hanya dilaungkan sewaktu solat Subuh, tidak pada waktu lain?

Satu kajian mendapati, waktu yang mudah memicu serangan jantung sebahagian besarnya bermula antara pukul 6.00 pagi hingga ke pukul 12 tengah hari. Mengapa?

Sebabnya, jangka waktu inilah berlaku perubahan pada sistem tubuh, yakni kenaikan tegangan saraf yakni dalam perubatan Cina turut dikenali sebagai perubahan saraf simpatis (yang) dan penurunan tegangan saraf parasimpatis (yin).

Kajian perubatan Cina ini juga mendapati bermula antara pukul 3.00 pagi hingga ke siang, tekanan darah beransur meningkat. Risikonya, peningkaran adrenalin yang boleh menaikkan tekanan darah dan menyempitkan pembuluh darah.

Oleh itu, kita diwajibkan bangun solat sebelum fajar menjelma. Salah satu hikmahnya adalah untuk mengawal tekanan darah dan menurunkan risiko masalah serangan jantung.

Pada tahun 1990-an, hasil kajian sekumpulan saintis menemui sejenis zat yang terkandung dalam pembuluh darah. Zat yang dipanggil 'nitrik oksida' ini berfungsi untuk mengembang atau melebarkan pembuluh darah.

Zat ini bukan sekadar boleh dihasilkan sewaktu tubuh sedang berehat atau tidur, malah dapat ditingkatkan apabila tubuh melakukan banyak gerakan setelah bangun daripada tidur.

Bermakna, kadar nitrik oksida dalam darah akan meningkat apabila kita bangun daripada tidur, lalu berwuduk dan bersolat, sekaligus mengurangkan risiko masalah serangan jantung.

Sesungguhnya, setiap yang telah diwajibkan Allah itu terkandung manfaat dan kebaikannya. Allah yang Maha Mengetahui, Dialah yang mengejutkan hamba-hambaNya dari lena dan menerangkan bahawa 'solat itu lebih baik daripada tidur' melalui kalimah azan itu sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik ialah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu aoa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dalam keadaan merangkak."



Comments

Popular posts from this blog

Butter Cake (Gluten-Free)

Apa yang Rasulullah makan masa zaman dulu ?

Demam campak dan pantang larangnya.