Posts

Showing posts from February, 2014

Mangsa di temui

Image
Alhamdulillah. Syukur. Kesemua mangsa sudah dijumpai. Lepas Azan, mayat mangsa timbul. Berakhir sudah penantian yang tak pasti. Doakan kesemua mangsa ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik.

Follow up Kejadian lemas di Sungai Segamat

Salam semua. Tadi dapat berita ada lagi 2 mayat telah dijumpai. Mayat timbul sendiri katanya. So sekarang ni ada lagi 3 mangsa masih tak jumpa. Sama-sama kita doakan semoga Allah permudahkan urusan mencari semua mangsa. Dengar khabar sultan Johor nak turun padang. Ayah kata menurut orang-orang yang biasa dengan kes-kes macam ni, bila mangsa dah timbul kena cepat-cepat ambil sebab kalau dah tenggelam semula memang takkan timbul lagi. Penyelesaiannya, mak kandung mangsa kena seru nama mangsa supaya timbul semula. Wallahualam.

Tragedi Berdarah 21 Februari 2014 - 8 mangsa lemas di Segamat

Image
Salam. Hari ni berlakunya tragedi besar yang menggemparkan seuruh Malaysia. 8 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap lemas di sungai Buloh Kasap.  Katanya diorang semua ada 12 orang, pergi jogging. Lepas jogging gi mandi kat sungai Buloh Kasap. Tempat tu tempat korek pasir. Ayah kata kat tepi memang cetek, tapi depan sikit dah dalam. Yelah tempat orang korek pasir kan. Bermula dengan seorang dari mereka dikatakan lemas, kawan dia nak tolong pun turut lemas sampai lah mangsa yang ke lapan. Kawan yang 4 orang panik gi panggil orang minta tolong. Dari situ lah gamaknya berita tersebar. Tengahari tu Ayah dah bagitahu pasal berita ni. Lepas tu Ayah kata Daniel pun terlibat sama. Terkejut aku. Tak sangka. Perasaan bimbang mula menyelubungi. Ayah pergi ke tempat kejadian memandangkan Daniel tu anak kawan baik dia. Pada jam 3.26 petang mangsa pertama dijumpai, Mohammad Hafizul Daniel bin Nor Hashim. Allahuakbar! Memang sah Daniel. Ayah SMS aku bagitahu

Belajar tinggi-tinggi, tapi ...

Image
Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat nombor satu dalam kelas tadika dan sekolah rendah, Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya. Dulu saya dapat 5A dalam UPSR, Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya. Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM, Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya. Dulu saya dapat 8A dalam PMR, Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya. Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia, Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya. Tapi, Bila saya buang semua keduniaan itu dan nerikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya, Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya. “Ada ke patut budak lulusa

Apabila "Islam" semakin hilang...

Image
As salam, Tadi blogwalking. Aku tertarik dengan satu entry dari blog Cikgu Mat . Sejujurnya, sebak rasa bila baca tulisan beliau.  Allah.. Apa akan terjadi pada umat Islam zaman anak cucu kita nanti? Dunia yang penuh kemodenan ini hampir menutupi segala aspek keislaman dunia. Ada lagi ke nanti orang pergi Mekah nawaitunya semata-mata untuk beribadat? Atau nawaitunya beribadat sambil membeli-belah? Atau sekadar menunaikan kewajipan sahaja? Mohon share ye Cikgu Mat artikel tersebut. Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjid

MELAYU

Image
MELAYU Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar, Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut, Biar mati adat Jangan mati anak. Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah mua'alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu) Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehilangan Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara Malangnya Melayu itu kuat bersor

Kerana GST

Image
Nasihat Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli syorkan belia kahwin sebelum April 2014. Why? Untuk mengelakkan daripada menanggung kos perkahwinan yang 'bakal' tinggi. See? Betapa payah golongan belia zaman kini nak mendirikan rumahtangga. Mana taknya. Lepas GST nanti, semua ada tax. Photographer, catering, mak andam semua. Silap hari bulan tukang pasang inai pun kenakan GST. Dengan kadar kemaikan sekarang ni, aku terfikir mampu ke kita? “Jika perniagaan katering itu tidak mendaftarkan syarikatnya untuk mengenakan GST kepada pelanggan, ini akan menyebabkan dia terpaksa menanggung caj yang dikenakan kepadanya oleh pembekal dan tidak boleh buat tuntutan kredit GST daripada kerajaan. Jadi syarikat katering ini akan mendaftar juga,” katanya. “Jika katering itu adalah sebuah syarikat berdaftar dengan GST tetapi tidak mengenakan caj GST terhadap pelanggannya, pemilik perniagaan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara,” katanya. Padan muka hangpa