Tragedi Berdarah 21 Februari 2014 - 8 mangsa lemas di Segamat


Salam.

Hari ni berlakunya tragedi besar yang menggemparkan seuruh Malaysia. 8 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap lemas di sungai Buloh Kasap. 

Katanya diorang semua ada 12 orang, pergi jogging. Lepas jogging gi mandi kat sungai Buloh Kasap. Tempat tu tempat korek pasir. Ayah kata kat tepi memang cetek, tapi depan sikit dah dalam. Yelah tempat orang korek pasir kan.


Bermula dengan seorang dari mereka dikatakan lemas, kawan dia nak tolong pun turut lemas sampai lah mangsa yang ke lapan. Kawan yang 4 orang panik gi panggil orang minta tolong. Dari situ lah gamaknya berita tersebar.

Tengahari tu Ayah dah bagitahu pasal berita ni. Lepas tu Ayah kata Daniel pun terlibat sama. Terkejut aku. Tak sangka. Perasaan bimbang mula menyelubungi. Ayah pergi ke tempat kejadian memandangkan Daniel tu anak kawan baik dia.

Pada jam 3.26 petang mangsa pertama dijumpai, Mohammad Hafizul Daniel bin Nor Hashim. Allahuakbar! Memang sah Daniel. Ayah SMS aku bagitahu "Sorg dah jumpa - Daniel" Aku dah rasa nak nangis dah masa baca SMS tu. Bila Ayah kata Daniel meninggal, air mata aku dah jatuh. Tak boleh tahan. Ayah kata masa kat sungai tu, dia nak tengok Danial. Dia buka plastik hitam yang tutup mayat tu, berjurai air mata. Ayah dah anggap Daniel macam anak sendiri.


Arwah Daniel dah macam adik aku. Dari kecik selalu datang rumah aku main-main dengan adik-adik aku. Kadang-kadang tu sampai tak nak balik. Memang rapat dengan keluarga kami. Family aku balik Kelantan pun bawa dia sekali. Pergi jalan-jalan pun kadang-kadang bawa dia. Ya Allah, sedihnya.

Masa melawat kat rumah arwah petang kejadian, aku tengok Mama je aku dah sebak. Mama kata Daniel kata nak gi jogging je, tak sangka dia pergi situ. Malam tu dia makan roti habis separuh paket.

Syahid dunia. Allah ambil mereka pada hari Jumaat yang mulia. Semoga Allah tempatkan mereka dikalangan orang-orang yang soleh. Mungkin Allah nak selamatkan mereka dari dunia yang penuh dusta ni. Masa depan kita tak boleh nak ramal. Allah Maha Mengetahui.


Setakat ni baru 4 orang mangsa telah ditemui. Kita doakan agar kerja-kerja mencari mangsa seterusnya dipermudahkan. Aameenn.

Saya akan update kemudian.

Comments

Popular posts from this blog

Butter Cake (Gluten-Free)

Apa yang Rasulullah makan masa zaman dulu ?

Demam campak dan pantang larangnya.