Posts

Showing posts from March, 2012

Watak–Watak Pengguna Di Facebook

Image
  MODEL Tukar gambar setiap hari. Mesti kena nampak gempak setiap hari. Baju pun tak boleh sama setiap profile picture. Kalau boleh warna lens pun wajib lain. Kira tak cool kalau sama je. PENJENAYAH Tukar nama setiap hari. Add orang pun dengan nama lain setiap kali. OVER ACTING Namanya menggunakan simbol-simbol sehingga menyusahkan kawan-kawan nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat) Tu belum tengok komen lagi contoh 'Hyee.. Rindu larh kat korunk.. Korunk tengah boo what apeww tuh..?' WARTAWAN Suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting. Sebagai contoh, 'Hari ni nak pergi shopping jeans kat butik Levis lah..' 30 minit lepas tu 'Hmm.. boringlah jeans kat Levis. Nak window shopping jelah'  PENGGANAS Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : 'Sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc' ) BINTANG FILEM Suka update status setiap 5 minit. Kena update sokmo.

Solat itu lebih baik dari tidur!

Image
  الصلاة   خير من النوم SOLAT itu lebih baik daripada tidur. Itu maksud kalimah di atas. Dan hanya dalam azan Subuh kalimah itu dilaungkan. Tidak pada waktu lain yang menjadikan azan Subuh itu istimewa. Sayangnya, kita selalu alpa, leka dan lupa betapa istimewanya panggilan itu kerana asyik diulit lena dan mimpi indah ciptaan syaitan untuk menghanyutkan manusia. Ia bukan semata-mata untuk kita mengerjakan solat. Tetapi hakikatnya memang benar solat itu lebih baik daripada tidur. Malah, hakikat ini turut diakui dalam kajian saintifik yang mendapati kebaikan solat dari sudut kesihatan. Allah membangunkan kita pada waktu Subuh supaya berterima kasih kerana menghidupkan kita semula setelah menidurkan kita semalaman. Cuba kita renungkan, mengapa kalimah itu hanya dilaungkan sewaktu solat Subuh, tidak pada waktu lain? Satu kajian mendapati, waktu yang mudah memicu serangan jantung sebahagian besarnya bermula antara pukul 6.00 pagi hingga ke pukul 12 tengah hari. Mengapa? Sebabnya,

Wordless Wednesday: Titanic Survivor

Image

True Story: Kehidupan seorang pelajar UiTM

Image
Kitaran hidup pelajar-pelajar UiTM. AWAL SEMESTER:  Gila sebab terlalu bosan. Minggu pertama; semua orang malas nak pegi kelas. Minggu kedua; bila semua lecturer pegi kursus BTN selama seminggu dan semua kelas dibatalkan =.= Jadi, duduk rumah sewa selama 2 minggu berturut-turut menghabiskan masa tengok movie * bagi yang tempat ada cinema tu kira macam hari-hari pegi tengok wayang sebab orang kaya tokleh lokek duit. yang tak ada cinema, tengok kat laptop je *, makan banyak * celik mata je terus cari makanan sebab tak tahu nak buat apa *, tidur * salah satu aktiviti mengisi masa lapang *, window shopping * hanya untuk pemegang biasiswa JPA sebab JPA lambat masuk *,  Financial: Berfoya-foya menghabiskan duit yang kerajaan bagi. Masa tu rasa macam dah kaya lah kan. Pegi shopping complex main ambik je segala macam yang disukai. Yelah tengah kaya lah katakan.. PERTENGAHAN SEMSTER:   Separa gila sebab sibuk nak struggle untuk test. Yang ade 2 test sebelum mid-sem untuk satu subjek