Posts

Showing posts from 2010

Adab Membaca Al-Quran

Image
Seseorang yang membaca Al-Quran seolah-olah ia berada di sisi Allah S.W.T dan bermunajat kepadaNya maka hendaklah menjaga adab-adab yang tertentu yang layak di sisi tuhan Yang Maha Agong lagi Maha Mulia. Ulamak-ulamak muktabar telah menggariskan beberapa adab sebagai panduan sepeti berikut: 1. Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca Al-Quran adalah zikir yang paling afdal (utama) dari segala zikir yang lain. 2. Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agong dan ketinggian Al-Quranul Karim. Para Ulamak berpendapat sunat membaca Al-Quran di Masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf. 3. Hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas. Juga menutup aurat. 4. Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut. Melalui mulut tempat mengeluarkan suara menyebut ayat Al-Quran. Hadis Rasulullah s.a.w berbunyi: Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan

Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru

Image
Saya Blogger Baru !! Ahsfantasy24.com ingin menjejaki   blogger baru , khususnya bagi mereka yang mempunyai bilangan follower kurang daripada 300. Tak kiralah walau dah bertahun, tapi kadang-kadang tetap baru kan bila tak ramai yang berkunjung. Rasa segan nak beramah mesra dengan mereka yang punya   follower   yang ramai? Jangan bimbang sebab anda pun mampu setanding mereka, berusahalah. Sebagai penutup 2010 ni, saya berhasrat nak himpunkan blogger yang mempunyai follower yang kurang daripada 300 orang  follower . Saya telah membina  page   untuk diisikan oleh   blogger baru  yang bertujuan bagi menaikkan trafik dan meningkatkan follower mereka. Mahu sertai? Ikuti syarat yang berikut: Blog anda mestilah mempunyai  follower  kurang daripada 300 orang; Buat satu entry yang bertajuk "Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru" dan  link kan ke  entry  ini ; Tinggalkan  Link entry  yang telah siap anda di ruangan komen; Tidak wajib untuk menjadi  follower  saya, namun saya ber

30 random things about me

Image
Saya merupakan anak sulung daripada 4 orang perempuan-perempuan. Saya study kat UiTM. Oh UiTM DiHatiku.... Saya geli gile doh dengan cicak. Gile kalau tengok bakery. So kalau tak nak buang masa, jangan bawa saya singgah bakery ok! Saya study course Business Finance. * walaupun sebenarnya saya nak Human Resourse T.T * Saya selalu rasa kurang yakin bila berhadapan dengan orang yang lebih cerdas dan sangat berwawasan T__T Saya benci asap rokok. Dan sewaktu dengannya. Sangat benci. Saya suka tidur. Saya tak suka bila orang yang tak kenal saya tiba-tiba dok kepoh sangat pasal saya. Nak mintak lempang heh? Over betol. Sila letak barang saya yang telah digunakan ke tempat asal or else I will be HULK . Saya tak suka main bola jaring dan futsal. Pape je.. Lalala~ Jangan text saya dengan perkataan 'Salam' semata-mata. Tidak akan dilayan sama sekali. Pernah menjadi warga KLMU a.k.a Cosmopoint selama 3 tahun; Diploma in E-Secretaryship. Saya suka kanak-kanak. * Lepas ni jan

Koleksi JEANS. Kenapa bagi nama *JIN* ??

Image
Sedang asyik -tak la asyik sebenarnye pon saje nak bagi hevok siket- kemas-kemas almari tadi. gantung-gantung baju kurung yang berlambak-lambak dan bermacam-macam jenis baju lagi, saya pun keluarkan lah koleksi seluar jeans yang disimpan dari sekolah lagi. Wah... Nampaknya ada seluar pelbagai saiz. Uhh macam tak caya doh aku pakai seluar besar-besar dulu. Tak stylo tangsung! Dok lipat-lipat sambil fikir apa nak dibuat dengan seluar-seluar jeans berkenaan, rupanya hampir 12 pasang yang dok TERlonggok dalam almari tu tak pakai-pakai. Beli bukan main, pakainye berapa kali je. Tah dari jenis apa punya seluar jenas pun ada. Beli kat Kota Bharu doh. Baju and seluar kat sana murah giler.. Jeans RM15 pun ada kot. Tapi bukan la jeans Lee or Levi's kan.. Jenama tah pape la. Tapi ok la not bad. Selesa. Macam-macam jenis. Haih.. Rasa macam nak pegi jual kat bundle. Semak doh almari aku. Jeans je dah penuhkan suku almari. Space tu kalau guna untuk letak bembarang lain adelah lebih berfaedah.

Bila hati...

Image
Bila hati dipermainkan Memang sukar untuk memaafkan Bila hati dah tak menerima Senyuman begitu payah untukmu Bila hati dah tak menerima Jangan tanya kenapa aku menyakitimu Bila hati dah tak menerima Jangan harap keikhlasan daripadaku BIla hati dah tak menerima Jangan harap apa-apa dariku Bila kebaikan diberi Kekejaman yang dibalas Bukan senang untuk aku menerimanya Bila salah maka mengakulah Aku takkan marah Jangan berdalih dalih Menuduh yang tak bersalah Sudahlah Aku begitu bosan dengan kepura-puraanmu Hentikan semua itu Kerana aku tahu muslihatmu ...

Dia koma =.=

Image
Sapa koma? Sapa? Sapa? Sapa? Tulah. Ni umpama tikus membaiki labu la ni... Dah elok elok, pegi tukar tukar. Sekarang tengok apa dah jadi? Sebelum ni dia sakit sakit tapi tak mau bawak pegi klinik. Sekarang dia dah koma.. Nak buat apa? Padan muka kau! Nak tukar Windows XP kepada Windows 7 lah kononnya tadi. Tapi tak jadi, tak tahu apa masalahnya. Dan sekarang Encik Lappo saya dah koma. Tak tahu bila nak sedar. Kena hamtar hospital jugak nampaknya. Maafkan saya! Kesian awak Encik Lappo.

“CONTEST INSAN KESAYANGANKU”

Image
Contest Contest Contest Rasa macam nak tulis panjang berjela pasal member saya ni. Silakan baca ye Cik Syamiza. Muahahaha.... Saya sayang member yang sorang ni. Ini siriyes ok!! She is the best friend ever. Saya berani jamin tak ada lagi kawan yang lain sebaik dia. Uhuk3. Tacing pulak.. Nama dia Fateha. Tapi saya panggil Teha. Saya kenal dia masa study kat Cosmo dulu. Tapi kenal betul-betul masa sem 2 kalau tak silap. Kami satu kelas, course yang sama, E-Secretary. Masa dia mula pindah rumah sewa saya, macam malu-malu gak. Poyo je hek? Lempang kang. Yelah, baru kenal doh.. Tapi bila dah lama, kami jadi kamcing gila-gila. Tapi sekarang ok lagi takde lah sampai masuk Tanjung Rambutan. Sekarang, family dia dah macam family saya jugak. Hehe.. Seronok jadi kawan Si Teha ni. Sempoi gila. Tapi satu perkara yang saya sangat respect, suspect kat dia ialah, even dia orang susah dia tak pernah putus asa. Fateha saya sangat tabah.  Walaupun masa belajar, CGPA dia rendah, dia berus

Alasan Biasa Artis Kita

Selalunya kalau orang biasa macam kita ni TER buat silap, tak ada sapa nak dengar alasan beliau kan? Kan? Kan? Cuma kawan baik beliau je yang dengar. Itu pun kalau time rajin. Hoh3 Tapi kalau la artis femes yang buat silap, fuiyoo...! Satu dunia nak tahu apa alasannya. Kenapa weh? Asal la dia buat cenggitu hek? Eh dia tu dah tebiat ke hape buat macam tu? Lepas tu alasan yang si artis femes ni bagi mesti hampir-hampir serupa je maksudnya. Cuma ayat je lain sikit. Jom kita check it out ! BILA KENA TANGKAP BASAH "Kami tak buat apa-apa pun masa tu. Kami hanya buat kerja masing-masing, tak lebih dari tu. Percayalah. Terpulang lah pada mereka diluar sana untuk buat penilaian terhadap saya" [ Syazana Aziz kata : Lepas tu esok lusa tup tup, keluar lah statement yang kata artis tu memang nak kahwin dengan artis tu. Cinta disemai masa ditangkap basah ye...  Oppsss!!   ] BILA FILEM TAK LAKU "Penonton-penonton di Malaysia sendiri, sekarang ni yang tak mahu langsung mema

Oh Daim.. Nak kawen dengan kau boleh???

Image
Seronoknye dapat Daim... Seronok seronok seronok... Eh Sapa Daim? Sapa weh? Boyfriend baru kau heh Nana? Haish diam! Bocor la rahsia aku doh.. Bila dapat Daim, saya akan menikmatinya dengan penuh keasyikan. Penuh nikmat. Nikmat tak terkata. Sedap doh coklat ni... Lepas balik dari bandar tadi, Si Cacha kate,  "Kak tadi Ily datang. Dia siap bagi coklat Daim tau.." Ah dengan rakus aku lari masuk rumah cari mana coklat tu disembunyikan. Haha memang d asar! Coklat yang E n   B u r g e r  bagi tu pun  tak habis-habis lagi. Mana boleh makan coklat selalu nanti demok lah aku.. Kena la cari jeans baru kalau dah demok. Hish! Ok nak pegi menikmati keenakan Daim. Bye!