Pisang pisang pisang. Ada apa dengan pisang?

Hah kalau cakap pasal pisang mesti uols terus dalam kepala otak tu ada monyet kan? kan? Eleh toksah la nak tipu. Walaupun ada je binatang lain yang makan pisang, tetap monyet gak femes ek. Untung kau la monyet..


Pisang pisang jugak. Minggu ni aje dah bertandan-tandan pisang atok saya bagi. Sebelum ni ada la 2 tandan pisang emas a.k.a pisang boyan dia bagi, PLUS pisang tanduk 2 bijik. Pastu dok memikir, apa aku nak buat dengan pisang-pisang nih? Takkan nak mentekedarah pisang hari-hari kot..


So mulalah ternampak di awang-awangan cam dalam awan-awan tu... kek pisang la, pisang goreng la, cekodok la.. hadoyai.. dah banyak sangat pisang dah tak tahu nak buat apa lah pulak..


Kalau uols nak tahu pisag ni banyak khasiat. Antaranya :


1. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda. Ni especially untuk orang PMS a.k.a period.


2. Percaya tak kalau saya kata, pisang boleh ubat kesan kena gigit nyamok? Tak caya ke? Tak caya sudah..  Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini. 


3. Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh. Tapi kalau dah niat tak nak berhenti merokok nak buat macamana kan..


4. Sistem penghadaman yang lebih baik. Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.


5. Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert). So, kalau rasa-rasa nak pandai, makan pisang selalu ye.


6. Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi. 

7. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia. 

8. Pisang tinggi kadar fiber, dapat membantu program diet untuk mengempiskan bahagian perut. membantu mengatasi masalah sembelit.

9. Mengikut kajian dalam buku ˜The New England Journal of Medicine˜, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%! 

10. Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.



Comments

Popular posts from this blog

Butter Cake (Gluten-Free)

Apa yang Rasulullah makan masa zaman dulu ?

Demam campak dan pantang larangnya.