Posts

Showing posts from October, 2018

Bagaimana Cara Mengendalikan Anak?

Image
Nak handle anak-anak sorang memang susah guys. Terutama yang PJJ seperti daku ini. Sangat mencabar. Mental dan fizikal tercabar. Aku cakap je ni, kena kuat mental, walaupun hakikatnya aku pernah beberapa kali mental koyak. Aku tak nak cerita pasal yang ada bibik atau yang tinggal dengan parents. Kalau ada helper pun koyak, aku tak tahu lah nak kata apa. Segala benda kena urus sendiri. Dari anak-anak sampai lah ke urusan diri sendiri. Kadang-kadang tu nak makan pun tak sempat. Tahan jelah lapar perut berkeroncong. Janji perut anak isi full tank dulu. Kalau anak-anak aku lapar, diorang akan cranky. Tak apa lah makan lambat pun. Dulu masa anak sorang, rasa macam boleh handle lagi. Bila dah ada dua ketul budak ni, memang huru hara lah jugak. Lepas tu dah ok. Tapi sekarang mula huru hara balik. Hahaha! Zahra tak nak kena tinggal sorang kat depan TV dah walaupun kakak ada main kat sebelah. Nak jugak ikut mak dia gi dapur. Nak tolong mama masak gamaknya. Mana mak dia ada, kat s

Butter Cake (Gluten-Free)

Image
Pagi semalam adalah kali keempat aku buat butter cake versi gluten-free. Maksudnya tak guna tepung gandum. Gantikan dengan tepung lain. Kejadiannya ok ok aje. Cuma agak peroi. Mulanya ada baca boleh gantikan tepung gandum biasa dengan tepung unbleached atau tepung atta. Tapi macam tak berapa nak confident. Tanya kat group FB. Diorang kata sama je ada gluten jugak. Cuma tinggi tak tinggi je. Memang kena guna tepung yang gluten-free which harga mahal atau gantikan dengan tepung lain. Ini adalah first trial aku buat butter cake guna tepung kentang campur tepung beras. Nisbahnya 1:2 (tepung kentang:tepung beras. Aku buat setengah adunan je. Buat dalam papercup sebab senang nak makan. Dibahagikan kepada 4 flavor. Pandan, strawberry, chocolate dan original. First attempt Adunan agak cair sebelum masuk oven Tekstur kek, gebu tapi peroi. Senang tanggal dari paper cup. Tak payah koyakkan pun paper cup tu. Chocolate chip yang tabur kat atas kebanyakannya mendak kebawah.

Cabaran Bermula

Image
Assalamualaikum. Hari ni nak bercerita pasal satu topik menarik. Dimana aku tak pernah terfikir aku akan melalui benda ni. Kita cerita pasal ECZEMA. Ya, keradangan kulit yang disebabkan oleh faktor pemakanan, persekitaran, cuaca dan beberapa faktor lain. Anak aku yang kedua ada eczema. Tak tahu langsung pasal eczema sebelum ni. Zero knowledge. Waktu dia lahir, pada hari kedua, ingat bintik merah biasa sebab kakak dia dulu sama jugak. Cuma lepas seminggu lebih dah hilang. Si adik ni dah sebulan tak hilang. Macamana aku tahu itu eczema? Tanda pertama Pada mulanya, dua-dua cuping telinga Zahra ada bintik-bintik merah.  Pipi Zahra ada bintik merah halus.  Lama-lama aku perhatikan, ada pulak gelembung air kat telingan dia. Bila gelembung air tu pecah, keluar air warna kuning jernih. Bila dah lap, kering, dia jadi kuping. Lepas mandi aku lap slowly dengan towel dia hilang. Tapi bila kulit dah kering, dia jadi kuping balik. Kepala pulak ada kuping-kuping tahi sawan tu dan

Kenapa tak update blog?

Image
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh Kenapa? Kenapa blog dah bertahun baru nak update? Kembali kepada tujuan asal kenapa buat blog. Biasa lah masa tu kan BBNU. Orang buat blog, kau pun sibuk nak buat blog. Lepas tu blog ke mana, jari ke mana.  Bila sudah dewasa ini, baru ku sedar yang daku sangat lah malas nak update blog. Tapi baru hari ini, saat ini ada kesedaran. Baiklah daku update je blog ni daripada bersawang. Insya Allah. Banyaknya benda nak cerita uolls!  Pasal anak sulung. Pasal anak kedua. Pasal kehidupan. Pasal hobi bakingku. A lot of stories. Pasal suami ja tak nak cerita. Suami kena sorok sebab sekarang ramai makhluk suka menyondol.  Ok nanti kita sambung ya. Bye. **Jumaat ni nak buat Kek Pelangi Warisan. Kita jual RM12 segulung. Boleh request warna (3 warna/flavour sahaja).