Cabaran Bermula

Assalamualaikum.

Hari ni nak bercerita pasal satu topik menarik. Dimana aku tak pernah terfikir aku akan melalui benda ni.

Kita cerita pasal ECZEMA. Ya, keradangan kulit yang disebabkan oleh faktor pemakanan, persekitaran, cuaca dan beberapa faktor lain. Anak aku yang kedua ada eczema. Tak tahu langsung pasal eczema sebelum ni. Zero knowledge. Waktu dia lahir, pada hari kedua, ingat bintik merah biasa sebab kakak dia dulu sama jugak. Cuma lepas seminggu lebih dah hilang. Si adik ni dah sebulan tak hilang.

Macamana aku tahu itu eczema?

Tanda pertama

Pada mulanya, dua-dua cuping telinga Zahra ada bintik-bintik merah. Pipi Zahra ada bintik merah halus. Lama-lama aku perhatikan, ada pulak gelembung air kat telingan dia. Bila gelembung air tu pecah, keluar air warna kuning jernih. Bila dah lap, kering, dia jadi kuping. Lepas mandi aku lap slowly dengan towel dia hilang. Tapi bila kulit dah kering, dia jadi kuping balik. Kepala pulak ada kuping-kuping tahi sawan tu dan jugak gelembung air halus-halus. Nurse kata nak hilangkan, sapu minyak zaitun 30 minit sebelum mandi. Lepas tu guna towel kecil gosok slowly. Kena buat setiap hari sampai hilang. Tapi tak hilang pun. Rupanya Zahra kalah dengan minyak zaitu. Bila tak sapu, ok pulak kepala dia.

Lengan dan kaki jadi kasar sebab ruam merah ni. Kena sentiasa sapu lotion. Aku guna Ezerra.

Waktu ni dah tak seteruk masa umur dia belum sebulan. Ni makin ok bila sapu cream hydrocortisone tu.

 Nampak kan dahi dan pipi dia merah ruam tu?

So, masa check up sebulan, terus jumpa doktor. Doktor tanya, belakang pelipat kaki dan pelipat tangan ada tak? Kalau ada, kemungkinan besar itu eczema. Doktor bagi cream Hydrocortisone dan Aqueous. Alhamdulillah bila sapu lama-lama hilang.

Tanda kedua

Aku perhatikan ada satu hari tu Zahra cirit birit. Masa ni dalam pantang lagi. Puas fikir apa benda yang aku salah makan. Hari kedua esoknya pun cirit birit lagi. Sampai merah montot dia. Entah macam mana aku terfikir, entah-entah sebab aku minum susu & cereal (breakfast). 

Esoknya aku experimen. Tak minum susu untuk dua hari. Tadaaa... Zahra dah tak cirit birit. Hasil dari pembacaan, rupanya budak eczema allergic dengan dairy products. Ya. Mama terpaksa melupakan susu segar, cheese dan yogurt sampai adik baik.

Tanda ketiga

Waktu kulit dia dah ok, pagi tu aku makan nasi lemak. Yes ruam dia naik balik sekejap je waktu petang. Rupanya tak boleh makan ikan bilis dan kacang. Mama redha lepas ni makan nasi lemak dengan kicap.

Ada satu hari tu (Jumaat) aku makan roti untuk breakfast dan lunch sebab malas nak jalan gi kantin office. Sekali haa.. Malam dan esoknya (Sabtu) terus naik flare. So sampai sekarang aku tak berani nak makan roti sebab bila tengok Zahra menggaru tu adui... Sampai luka.

Masa flawless

Ok fine. Aku teruskan pembacaan pasal eczema. Dan ya..... Banyaknya benda kena pantang makan sebab masih fully breastfeeding kan Zahra.

Antaranya, gluten (kebanyakan makanan yang berasaskan tepung gandum), yis, gula putih, ikan bilis, kekacang, produk tenusu, ikan pari, ikan bawal, makanan berproses, fastfood, segala adik beradik bahan perasa pun tak boleh.

Mujur lah aku makan telur dia tak menggaru jugak.

Sumber gambar : Pinterest

Eczema ni puncanya bila histamin berlebihan dalam badan. Bila makan benda yang tinggi kandungan histamin dalam sesuatu makanan, maka akan terjadi keradangan pada badan kita. (Tak ingat baca info ni kat mana)

Jadi, sampai sekarang aku masih berpantang makan. Kuat tak kuat jelah semangat. Ada kala aku rasa tersangat down sampai rasa nak stop breastfeeding. Tapi bila fikir balik, belum tentu susu formula sesuai untuk Zahra.

Doakan aku terus kuat menghadapi cabaran ini.
Doakan anak aku cepat sembuh dari eczema.


Comments

Popular posts from this blog

Butter Cake (Gluten-Free)

Apa yang Rasulullah makan masa zaman dulu ?

Demam campak dan pantang larangnya.