Posts

Showing posts from July, 2011

[Video] Kisah Nabi Adam 'Alaihissalam

Image
Assalamualaikum.. Hari ni kita tengok kisah nabi Adam a.s dalam versi animasi. Pertama kali tengok video ni, teruja betol sampai tolak tepi kerja lain. Hihi.. Bagus juga buat video macam ni sebab kadang-kadang orang malas nak baca cerita panjang berjela. Video ni sangat menarik. Kunjungi blog saya kedua di SINI . (^_^)

Bershopping sebelum puasa adalah selamat

Image
Assalamualaikum adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Kiter dah shopping raya dah. Hihi.. Awal gila kot. Puasa baru nak start esok. Kuih raya pun dah ada tau kat rumah I.. Jangan main-main dengan Mak Jemah OK! Esok Mak Jemah nak buat karipap sardin pulak untuk berbuke puase. Mak Jem * nama manja * nak belajar buat kelim karipap lah. Kalau Mak Jem buat komfem hodoh lagi tidak berseri. Ok kembali kepada dunia asal. Minggu ni 2 kali pergi Melaka. Semalam Mak Jem Pergi shopping kat Melaka dengan adik-adik. Oh biase lah.. Kakak yang baik ada komitmen yang tinggi kepada adik-adiknya. * sila cekik saya * Buat pertama kali menjejakkan kaki ke Jusco baru tu, kami tersangatlah jakun . Orang kampung masuk bandar macam ni lah =.=! Mula-mula rasa macam nak pergi try. Tapi segan sebab ada promoter lelaki. Hanya mampu pergi kat kerusi urut yang masukkan RM1 tu je *.*  That small landscape is gorgeous! Singgah kat Kedai Mak Cik Ani kejap.  Sedap roti Mak C

Kitchen aid yang bagus. Siapa tak nak..

Image
Assalamualaikum. Siapa suka memasak? Anda boleh memasak? Saya percaya ramai orang samada suka memasak atau sangat benci masuk ke dapur mesati tension habis kalau melihat mixer yang keluarkan asap bila tengah mix adunan kek yang kena siapkan hari tu jugak. Kan kan? Kadang kadang tak sedar yang kita sedang mix something bercampur dengan sudu. Ya mix adunan kek dengan sudu! Atau pun mixer anda memang telah digunakan untuk sekian lamanya sebanyak 4 - 5 generasi. Maka ianya haruslah ditukar. Bagi surirumah atau Lisa Surihari yang sedang mencari peralatan dapur yang berkualiti tinggi dan jika anda   ingin memasak dengan sempurna , anda harus memilih Kitchen Aid. Tak wajib pun. Harap maklum. Apakah kaitan antara Kitchen Aid dan kualiti? Kitchen Aid didatangkan dengan kualiti yang sangat bagus. Malah bagi sesiapa yang berkemampuan haruslah mimilih Kitchen Aid kerana Kitchen Aid tidak mudah rosak apabila telah digunakan setelah beberapa generasi. Maka boleh bagi anak dan cucu anda t

Ramai diantara kita tidak hirau fatwa merokok adalah haram

Image
Klik untuk besar PUTRAJAYA – Bilangan perokok di negara ini masih terus meningkat meskipun pelbagai kempen mengenai fatwa Merokok Adalah Haram telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa agama. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, beliau melihat masih ramai umat Islam negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram tersebut. “Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram. Oleh Jakim dan Kementerian Kesihatan mengadakan kerjasama bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenainya,” katanya di sini hari ini. Othman berkata, antara kerjasama yang dilakukan oleh Jakim dan Kementerian Kesihatan adalah dengan mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran. Menurutnya, seminar itu juga diadakan bersempena kehadiran bulan Ramadan pada penghujung bulan ini yang diharap dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat mengh

Perkara yang lelaki dan perempuan tak boleh buat

Image
Banyak perkara yang menyeronokkan tetapi mendatangkan keburukan dalam hidup kita. Ada beberapa perkara yang mesti dielakkan untuk menjamin kesejahteraan hidup, antaranya: 1. Jangan lewatkan solat, perbuatan ini tidak disukai Allah. 2. Jangan makan dan minum menggunakan bekas yang pecah atau sumbing, makruh dan membahayakan. Takut pulak ada yang terluka bibirnya. 3. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang sudah digunakan tidak dibasuh dan menumpuk disinki, ianya makruh dan mewarisi kepapaan. Manunjukkan jugak yang korang tu pemalas =.=! 4. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti mahal rezeki kerana pagi-pagi itu membuka pintu rezeki/berkat. 5. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIIM dan doa makan, nanti makanan yang dimakan dikongsi dengan syaitan. 6. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan/kebaikan, takut-takut nanti mati dalam perjalanan. 7. Jangan biarkan mata liar diperjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa, banyakkan zikir agar hati kita tenang. 8. Janga

Muslimah Memang Tak Guna ................

Image
Assalamualaikum, Pertama sekali bila baca tajuknya mesti terfikir macam "Eh kenape ni? Kenape?". Tapi entri ni bukan nak mengutuk muslimah-muslimah. Eh takkan nak kutuk kan. Tak baik tau.. Jadi bawak-bawak la bertenang dulu. Baca dulu lepas tu baru komen ye.. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang

Sebab lelaki memilih untuk lambat berumahtangga

Image
Assalamualaikum, Zaman teknologi sekarang kadang-kadang memaksa lelaki untuk membuat keputusan untuk lambat mendirikan rumahtangga. Bukan sebab takde dah perempuan dalam dunia ni, tapi oleh sebab faktor-faktor sekeliling. Hey nak masuk jamban pun kena bayar 30 sen tau.  Ingat zaman sekarang macam zaman dulu ke.. Sekarang ni bagi rm5 kat budak darjah 3 pun sekejap je habis. Oh zaman sekolah saya dulu bawa rm1.30 untuk sekolah pagi + sekolah petang. Siap boleh buat saving lagi. Tapi sekarang.. Nak buat macamana, teknologi dah semakin maju, manusia dah semakin cerdik. Segala-galanya perlukan duit. Tak pakai dah pepatah ' Duit bukan segala-galanya ' Kenapa agaknya lelaki sekarang kahwin lambat. Muka sikit punya hensem tapi takde makwe. Mungkin disebabkan 1. Nak enjoy dulu "Buat apa sia-siakan zaman muda remaja. Daripada kahwin cepat baik enjoy dulu menikmati nikmat dunia. Lagipun tak best la kahwin muda" Mungkin sesetengah daripada kita menggunakan alasan ni. Yelah d

Hatimu milikku

Image

Puisi untukmu

Image
Ini adalah senaskah kesedihan yang aku kirimkan  melalui jiwaku yang dipenuhi dukacita kepada sebuah jiwa yang lain, Sesungguhnya kau telah berhasil menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan, Sudah bertahun ku mengikat tali cintaku tanpa makna, Sudah bertahun malamku berlalu dengan menunggumu Maha Pencipta didalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia, Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku, Namun saat ini kau juga adalah penyakitku, Kau seperti mahkota yang dibuat untukku tetapi menghiasi insan lain, Kau adalah syurga, Aku yakini itu, Namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya, Kau ibarat seorang pencuri yang bergembira diatas apa yang dicurinya, Kau mencuri segala cinta yang ada, Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka, Demi cinta, Kesetiaan harus dibayar dengan darah dari jantung kita d an ketenangan jiwa kita, Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa. Maka biarkanlah cin

[Gambar] Perkahwinan Farah AF

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Semalam *16/7/2001* berlangsungnya perkahwinan antara Farah AF atau nama sebenarnya Farah Diana Anuar dan suaminya, Johan. Majlis perkahwinan mereka berlangsung kat Putrajaya bertemakan Love Lake Garden .  Mereka telah dinikahkan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz. Farah AF2  menerima mas kahwin RM2,500 sementara hantaran pula berjumlah RM25,185.  Pihak Johan  membawa 7 dulang hantaran senaskah Al-Quran, sebuah iPad, seutas beg tangan Gucci, satu set wangian Chloe.. Manakala pihak  Farah AF2 membalas dengan 9 dulang hantaran iaitu seutas jam tangan Oris, sehelai baju Armani Exchange, sebiji kek & tali pinggang Gucci. How sweet their wedding card..   Credit to Oh! Bulan KataSaya Tunggu mimpi jadi kenyataan hihihi