Perkara yang lelaki dan perempuan tak boleh buat


Banyak perkara yang menyeronokkan tetapi mendatangkan keburukan dalam hidup kita. Ada beberapa perkara yang mesti dielakkan untuk menjamin kesejahteraan hidup, antaranya:
1. Jangan lewatkan solat, perbuatan ini tidak disukai Allah.
2. Jangan makan dan minum menggunakan bekas yang pecah atau sumbing, makruh dan membahayakan. Takut pulak ada yang terluka bibirnya.
3. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang sudah digunakan tidak dibasuh dan menumpuk disinki, ianya makruh dan mewarisi kepapaan. Manunjukkan jugak yang korang tu pemalas =.=!
4. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti mahal rezeki kerana pagi-pagi itu membuka pintu rezeki/berkat.
5. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIIM dan doa makan, nanti makanan yang dimakan dikongsi dengan syaitan.
6. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan/kebaikan, takut-takut nanti mati dalam perjalanan.
7. Jangan biarkan mata liar diperjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa, banyakkan zikir agar hati kita tenang.
8. Jangan bergaul bebas ditempat kerja, banyak buruk dari baiknya.
9. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana MATI boleh datang bila-bila masa saja.
10. Jangan ego untuk meminta maaf dengan ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
11. Jangan suka mengumpat rakan taulan kita nanti rosak silaturahim. Umpama kita makan daging saudara kita sendiri.
12. Jangan lupa bergantung harap hanya pada Allah dalam setiap kerja kita, nanti sombong bila berjaya dan kecewa bila gagal. Jangan masa susah je tau ingat Tuhan..
13. Jangan bakhil bersedekah, boleh memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
14. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
15. Jangan biasakan berbohong kerana ianya ciri-ciri orang munafik dan menghilangkan kasih sayang orang pada kita. Dan orang susah nak percaya pada kita.
16. Jangan suka menganiaya manusia dan haiwan kerana doa makhluk teraniaya cepat termakbul.
17. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia, akhirat lebih utama dan kekal carilah kehidupan dunia untuk akhirat supaya tak menyesal nanti.
18. Jangan duduk dibilik air terlalu lama kerana disitulah tempat jin kafir dan syaitan.
19. Jangan merokok dan membakar kemenyan kerana asap itu makanan jin. Tu yang merokok tu, membahayakan nyawa orang sekeliling juga.
20. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIIM dan memberi SALAM setiap kali masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
21. Jangan memakai tangkal kerana Allah tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal, dikuatiri bergantung harap kepada tangkal bukan kepada Allah, syirik jadinya.
22. Jangan mempertikaikan hukum-hukum Islam, sebab semuanya untuk kebaikan dan Allah itu lebih mengetahui segalanya. Yang baik dari Allah dan yang buruk dari kita hambaNya juga…

Wallahua’lam…..

Comments

Popular posts from this blog

Butter Cake (Gluten-Free)

Apa yang Rasulullah makan masa zaman dulu ?

Demam campak dan pantang larangnya.