Tips Pilih Bakal Suami

Assalamualaikum.

Selalu kan kalau kita bercerita, dalam bab-bab pilih pasangan ni pemilihan bakal isteri yang di utamakan. Selalunya lah.. Sebab diorang ni bakal menjadi ibu kepada anak-anak yang dikandung dan dilahirkan. Yelah, takkan nak cari yang tak semenggah buat bini ye tak. Tapi alhamdulillah la kalau lepas berkahwin, wanita itu berubah ke arah kebaikan.

Tapi macamana pula dengan ciri-ciri nak pilih bakal suami? Sama tak macam orang lelaki cari bakal isteri - hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya? Eh tukar pulak kalau wanita yang nak cari calon suami. Adakah sebab ke'hansome'annya, hartanya, keturunannya, ataupun agamanya? Agak-agak level pendidikan tu dikira jugak tak? Orang sekarang kalau ana perempuan ada master, si lelaki pun nak kena ada master jugak. Pelik. Tapi itulah hakikatnya.

Perbezaan akan tetap wujud bila level pendidikan diambil kira. Perkahwinan tu sendiri adalah pertemuan dua individu yang berbeza dari pelbagai aspek. Bila ada perbezaan, akan ada kemanisan dan semua tu akan dapat diterima dalam menjalani kehidupan bersama. Cuma kita kena fikirlah, kita ni boleh ke tidak cari suami yang mampu memberikan harta pangkat serta Ringgit Malaysia atau suami yang mampu memberikan kita didikan agama yang baik? Well, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.


Macam lagu Raihan, 'kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti...' Semua orang tahu kasih manusia ni bermusim-musim dan sayangnya yang tak kekal lama, tapi kita kena sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang seperti kat bawah ni.




Kuat Agamanya
Biar sibuk macamana pun, solat tetap dia jaga. Bagi say, ini yang paling penting. Kalau boyfriend uols agak-agak main langgar je waktu solat tu, tegur-tegur lah. Kata sayang kan.. Takkan nak diam je.

*Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.*

Baik akhlaknya

Orangnya tegas tapi lembut dan bertolak-ansur hakikatnya.  Percakapannya sopan *bukan lembut 'aaww' ye*. Orang yang sopan ni menggambarkan peribadi dan hati yang mulia. Lepas tu tengok pula macamana dia berinteraksi dengan orang-orang tua. Kalau menghormati orang tua, elokla tu. Tengok jelah cara dia bercakap dengan mak ayah dia. Kalau agak-agak kurang hajor, sekolahkan sikit. Hihi


Tegas Mempertahankan Maruah

Ce ingat-ingat balik, pernah tak si dia menjengah@menengok@memasuki ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam. Seorang yang mulia akhlaknya tak kan buat macam tu kan..

Amanah
Kalau si dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia. Cari lain je. Ini macam punya orang nak hidup bersama memang susah. Sila fikir cook-cook.

Tidak Boros
Ya. TAK BOROS. Si dia tu taklah sampai kedekut Haji Bakhil tapi dia tahu macamana nak membelanjakan wang dengan bijaksana. *Kalau perempuan yang agak-agak boros seperti saya, sila bagi credit card anda kepada suami anda kelak* Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak tak kira lah mak dia ke ayah dia ke adik-beradik dia ke isteri dia ke..

Tidak Liar Matanya
Perhatikan adakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Kalau ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai. Tapi lelaki walau sayang macamana pun aweknya, mesti nak tengoktengok cuci mata kan. Ececeh.. Yang perempuan tu jangan nak gelak sangat ye. Sama je. Kalau tengok Aaron Aziz lalu masa korang tengah dating agak-agak berkelip tak mate tengok Aaron Aziz? Haha..

Terbatas Pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Dia pandai jaga batas pergaulan. Kalau ciri ni ada pada si dia, Alhamdulillah. Dan selalunya, si dia ada kawan-kawan yang baik-baik macam tu.

Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab. Macam Si Tanggang.

Tenang Wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Kalau nak marah je, cecepat tengok muka dia. Confirm tak jadi marah. Betol tak tipu. Saya dah try.. Hihi 










KataSaya
Sejuk hati bila tengok muka Abg Burger

Comments

Popular posts from this blog

Butter Cake (Gluten-Free)

Apa yang Rasulullah makan masa zaman dulu ?

Demam campak dan pantang larangnya.