Jadilah insan yang lebih baik pada masa akan datang

Bermulanya tahun baru Hijrah, 4 Muharam 1432 ada baiknya kita memuhasabah diri dengan apa yang telah kita buat sebelum ni dan mula lah buat persiapan untuk menempuh tahun baru untuk mencapai masa depan yang lebih baik. Allah berfirman :


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. (Surah Al-Hasyr: 18)


"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka." (Surah Al-Hasyr: 19)


Sebelum ni saya pernah terbaca satu rencana ni, dia kata "setiap perbuatan manusia yang telah dilakukan pada masa lalu, mencerminkan perbuatan dia untuk persiapan diakhirat kelak. Kerana hidup didunia bagaikan satu hari dan keesokan harinya merupakan hari akhirat, maka rugilah manusia yang tidak mengetahui tujuan utamanya". 


Kalau kita fikir tujuan manusia dihidupkan oleh Allah adalah semata-mata untuk menyembahNya dan jugak untuk membekalkan diri dengan amal-amal soleh untuk akhirat. Bagi saya, salah satu cara kita nak muhasabah diri adalah melalui cermin diri kita pada masa lampau. Kita nilai diri kita dulu dan sekarang, mana lebih baik.


Cara ni selalu saya buat untuk muhasabah diri. Saya akan cermin diri sendiri pada masa lalu. Buruk atau baik saya yang dulu, dan saya akui banyak keburukan dari kebaikan yang telah saya buat pada masa lalu saya. Dan cara saya nak melepaskan kesedihan saya adalah menangis. Yelah, memang la perempuan ni femes dengan air matanya. Eh takkan kau tak penah nangis kot? Ha tipu tipu. Lepas solat, saya akan berdoa pada Allah. Luahkan segala apa yang terpendam dihati dan pada masa tu menangislah sepuas puasnya. Kadang-kadang tu sampai bengkak-bengkak mata. Tak salah kalau kita menangis memohon petunjuk dari Allah sebab tu lah yang Dia nak kita buat. Allah itu Maha Pengampun, jadi mohonlah keampunan daripadaNya setiap kali kita rasa kita ada buat salah.


Lagi satu yang saya selalu buat, saya akan tengok orang yang lebih dan kurang dari saya. Bila saya buat sesuatu dan saya kecewa dengan keputusannya, saya akan tengok pulak orang yang lebih teruk dari saya. Memanglah kecewa, sedih, tapi itu sedikit sebanyak dapat kurangkan pedih dihati saya. Dan saya jadikan orang lebih baik dari saya tu sebagai contoh untuk saya jadi insan yang lebih baik.


Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Jangan kita salahkan takdir kalau ada perkara buruk jadi kat kita. Yang penting kita berdoa padaNya supaya diberi kekuatan dan kesabaran untuk kita tempuh ujian Dia yang lain. Allah takkan uji kita lebih dari kemampuan kita. Dia uji sebab Dia tahu kita mampu hadapinya.


Ujian yang paling besar Dia bagi kat saya masa saya umur 16 tahun. Dia ambil balik harta paling berharga yang saya ada iaitu mama saya. Mungkin sebab saya tidak menghargai sepenuhnya harta yang Dia bagi tu, that's why Dia ambil balik. Sejak tu lah saya jadi orang yang pendiam, tak bergaul sangat dengan orang. Saya jadi tak tentu arah. Saya tak kuat lagi. Tapi bila saya duduk sorang-sorang, saya mula terfikir, sampai bila aku nak jadi macam ni. Aku ada kehidupan yang perlu diteruskan. Dan dari saat tu saya bertekad nak berubah, jadi anak yang baik pada ayah saya.


Tapi panas tak sampai ke petang. Saya hanyut seketika dengan dunia luar. Saya leka dengan nikmat duniawi. Tapi mujur Allah tu masih bersama saya. Dia bukak balik mata hati saya supaya ingat kembali pada Dia. Saya kesal dengan apa yang saya buat, saya menangis mengenangkan saya yang dulu. Mulai hari tu, saya tetapkan dalam hati, saya tak nak berpatah balik jadi macam dulu.


Macam-macam dah saya lalui sepanjang 22 tahun saya hidup dan macam-macam jenis orang saya dah jumpa. Tikam kawan dari belakang, orang yang kurang ajar, orang yang sangat lemah lembut sampai kena tindas, orang yang dekat dengan saya minum arak depan mata saya, pisau cukurlah, yang depan kita pijak semut pun tak mati, yang sanggup buat apa saja demi boyfren lah (tah pape je). Banyak sangat kalau nak mention kat sini.


Banyak dugaan yang Allah beri kat saya. Kadang-kadang saya jadi lemah untuk harungi ujianNya. Saya rasa ujian Dia terlalu berat untuk saya. Saya tak pandai nak tunjuk kesusahan yang saya hadapi. Saya pandai tanggung sorang-sorang je.  Tapi saya bersyukur sebab Allah bagi saya kawan paling sejati masa saya hanyut satu ketika dulu. Dengan dia sorang saya luahkan segalanya, dengan dia sorang saya kongsi susah senang. Dia memang kawan yang baik. Saya sangat bersyukur.


The best friend ever, Fateha


Bila direnung-renungkan, Allah uji kita sebab kita alpa dalam mengingatiNya. Dia uji sebab Dia nak kita ingat Dia waktu susah senang. Ni tak, Kita akan ingat Dia bila kita ditimpa musibah je kan? MasyaAllah.. Tapi Allah sayang kita. Dia masil lagi bagi peluang untuk kita bertaubat and mintak ampun padaNya. 


Sesiapa yang ucapkan syukur dalam keadaan dia sebenarnya tengah berduka, frust atau kecewa, dia akan dilimpahi dengan macam-macam kebaikan oleh Allah. Ini terbukti dengan firman Allah, 
"Orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka tu adalah orang yang dilimpahi berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan serta rahmatNya; dan mereka mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayahNya."


Subhanallah..



Comments

Popular posts from this blog

Butter Cake (Gluten-Free)

Apa yang Rasulullah makan masa zaman dulu ?

Demam campak dan pantang larangnya.