Lelaki @ perempuan idaman yang sejuk mata memandang. Senang ke nak cari zaman sekarang?

Ahah! Topik yang digemari oleh rakyat jelata beta. Best ek bile orang cite pasal lelaki @ wanita idaman diorang. Bile dengar diorang bercerita, mulalah dok sengeh sorang-sorang. Lepas tu berangan kahwin dengan anak raja. Heh ada ke anak raja yang nak dekat kau? Ada lah kot. Hahaha Tengok artis-artis Malaysia pun boleh sengeh sensorang. Best jugak kalau dapat jadi awek diorang. Hey diorang belum tentu nak kat kau Nana. Kau je perasaan lebih. Ala sekali sekale ape salahnye. Berangan tak kena bayar pun.

Bila saya renung + fikir, bukan senang nak cari lelaki @ wanita yang betul-betul ikhlas zaman sekarang nih. Yang cakap I love you lah, Saya sanggup buat apa saja untuk awak lah, Saya tak boleh hidup tanpa awak lah, Hanya awak satu-satunya dihati saya lah, lagi ayat-ayat manis bagai tu tak boleh lah nak bulat-bulat percaya. Lepas tu bila kena tinggal, dah menonggeng sorang-sorang. Macam mendiang Alviss Kong. Terjun bangunan sebab kena tinggal kekasih. Bagi sesiapa yang tak tahu, boleh layan link ni:
(nak tukar perkataan bulat-bulat tu kepade segi empat boleh tak??)

Susah tau nak carik lelaki soleh @ wanita solehah yang setiap orang impikan. Tapi tak tahulah kalau ada sesiapa yang nak awek@pakwe ataupun suami@isteri macam Brad Pitt atau Angelina Jolie. Sejujurnya, saya tak nak.

Cukup lah sekadar kita uji pasangan kita tu dengan solatnya. Test tu je, then kita boleh nilai samada adakah dia yang kita cari. Bila kita keluar dengan si dia, ada tak dia ajak pergi solat? Ataupun si dia buat dunno je? Bolehkah si dia bimbing kita kalau kita terhanyut? Boleh tak dia bawak kita ke jalan yang lurus, memandangkan banyak jalan yang bengkang bengkok kat Malaysia ni. Nak-nak lagi jalan ke Pahang. Seriously! Pening gua beb.



Kembali kepada topik sebenar. Tengok ajelah couple-couple sekarang. Macam-macam gaya. Jujur saya cakap, saya bukan tak percaya dengan anak gadis bertudung labuh, tapi sesetengah daripada mereka yang di depan mata saya dah rosakkan imej bertudung labuh diorang. Sangat terkejut bila tengok hamba Allah tu selambe je pegang-pegang tangan kawan lelaki@boyfriend dia. Apekah??? Mana pergi Hala dan haram tu? Kalau setakat pakai tudung labuh tapi perangai tak molek, buang sajalah tudung yang menutup kepala, yang mencerminkan imej solehah dimata masyarakat tu. MasyaAllah. Insaflah wahai wanita. Saya juga pernah terleka dengan nikmat duniawi macam tu. Dah dating dengan boyfriend beb, jalan-jalan pimpin tangan siap walaupun kedai makan dengan kereta tu jauhnya selangkah je.

Kenapa PERLU ambil jalan untuk berubah? Mungkin Allah masih sayangkan kita. Dia still bagi kita peluang untuk kita betulkan kesilapan kita. Dekatkanlah diri kita padaNya. Kat dunia ni pun semua hak Dia. So buat apalah kita nak dok bangga sangat dengan boyfriend@girlfriend kita tu? Diorang malaikat ke? Bidadari ke?

Sekarang saya cukup tak suka tengok couple yang dok peluk-peluk depan public. Orang yang dah kahwin pun tak macam tu. Sangat kesal. Dalam al-Quran atau hadis kalau tak silap saya, dalam buku yang pernah saya baca, ia mengatakan, kat akhirat esok akan diletakkan *khawar di atas tapak tanggan sesiapa yang menyentuh yang bukan muhrim. Takut doh.. Nak ke uols kena macam tu?
*khawar - batu daripada neraka (if i'm not mistaken)



Saya rasa sangat kesal tengok segelintir pasangan macamtu. Sebagai orang Islam, saya hanya mampu berdoa supaya mereka diberi hidayah oleh Allah dan dijauhkan daripada benda-benda yang tak elok.

Tu belum cerita pasal yang dedah sana dedah sini. Kadang-kadang bila bukak facebook, tertengoklah gambar some girls yang berpakaian seksa. Kalau lelaki tengok tu, fuiyoo! Mau tak meleleh air liur. Ape la rasanya buat macam tu ek? Esok dah kahwin, nak tunjuk apa kat suami? MasyAllah.. Si lelaki pulak semakin galak. Mana ada kucing tolak ikan kan. Sebab lelaki macam ni lah, makin teruk wanita zaman sekarang. Bukan ke tugas lekaki tu melindungi wanita?? Bukan merosakkannya!! Wanita pun salah jugak. Dok menggedik tak tentu pasal tu pasal apa??

Taken from gadis-melayu-bertudung.blogspot.com
(edit sikit)

Setiap hari saya memohon petunjuk Allah supaya Dia jadikan saya seorang hamba yang taat dan anak yang baik. Saya bukanlah baik mana nak lecture orang pasal benda ni. Saya juga pernah buat kesilapan pada masa lalu dan sekarang saya dah insaf tak nak ulangi kesilapan yang sama.



So saya harap sangat pada couple-couple kat luar sana supaya jagalah batas pergaulan uols. Sedih bila semakin banyak kes-kes kena tangkap khalwat or buang bayi. Majoritinya, melayu. Astaghfirullah...

Kalau rajin boleh tengok link ni :

Comments

Popular posts from this blog

Butter Cake (Gluten-Free)

Apa yang Rasulullah makan masa zaman dulu ?

Demam campak dan pantang larangnya.