Rant on zaman persekolahan (part 2)



Assalamualaikum..


Sapa dulu masa sekolah-sekolah pernah pakai plastik kat tudung? Konon nak bagi shape cantik sikit lah pada tudung tu. Kemon kemon ngaku jelah.. Masa zaman tu memang famous betul trend macam tu. Yang tengah menaip ni pun tak terkecuali. Ok korang mesti nak gelakkan aku kan.. K fine. 


Yang paling lucunya bila kita pakai bendealah tu, kita takkan sedar punya benda tu kadang-kadang terkeluar sikit dari tudung. Last saya pakai masa form 1. Then I forbidden myself from pakai that kind of thing because of one incident. So annoying ok. 


Petang tu *masa form 1* ada latihan untuk hari sukan kat sekolah. I masa dulu atlet kan, tiap-tiap petang kena la buat stretching sikit kasi fit. Sekarang je tak. Naik UiTM baru tingkat tiga dah mengah-mengah macam orang lari 200 meter. Pancit. Then dah sudah main lari-lari tu, ada lah sorang cikgu perempuan ni tegur masa kami nak balik tu, "Eh Syazana, helmet kamu terkeluar tu". Masa tu saya macam tak dapat tangkap lagi ape kebende lah cikgu ni helmet-helmet pulak. Bila masa pulak aku pakai helmet. Then bila dah perasan, demmit! Ramai pulak orang masa tu. Boleh pulak kan.. Rasa macam nak korek tanah masukkan kepala. Malu den toksah cerite lah. Sejak hari tu dah tak guna dah plastik-plastik bagai. 




Masa sekolah tadika dulu saya mempunyai perangai yang pelik gaban. Malas nak pegi sekolah. Padahal kalau nak diikutkan zaman tadika adalah zaman yang paling menggembirakan sebab boleh main gelongsor & buaian. Bila dah besar ni main buaian aje kene hambat dengan orang majlis perbandaran.


Ok anyway, dulu pagi-pagi masa mama hantar saya kat rumah mak, kalau datang angau malas nak pegi sekolah tu mulalah bagi macam-macam alasan sebab tanak pi sekolah. Contohnye, "Mak, kite sakite perot ni.." ataupun "Mak, kite demam lah" mahupun "Mak, kite sakit kepala ni". Suami mak iaitu Pak Long sampai tanya, "Nana hari ni sakit apa?" Oleh sebab masa kecik-kecik dulu tersangat lah jahil kuasa dua ribu lapan ratu empat puluh satu, saya buat bodoh jelah. Sampai satu hari tu tekantoi sakit kepala yang sebenarnya tak. Lepas tu kena marah dengan Along. Sejak kejadian tu tak ponteng dah. Hahaha..



Ok ok saya tahu memang orang akan gelak dengan sejarah zaman sekolah masing-masing. Eleh toksah la nak buat tak tahu.. Tu ade je tu yang tengah sengeh-sengeh kan? Ececeh..

Rasanya kalau nak dicomparekan dengan adik-adik saya yang lain, saya lah yang paling suke cari pasal. Hahaha.. Ok ape, at least ada jugak benda nak share dengan uols kan.. 

Ha ok lah, nak iron baju nak pi kelas sat lagi. Jangan lupe bace blog mak jemah untuk entri akan datang okay.. Uooollsss...

Comments

Popular posts from this blog

Butter Cake (Gluten-Free)

Apa yang Rasulullah makan masa zaman dulu ?

Demam campak dan pantang larangnya.