Siapa Ariel Sharon?



Beliau merupakan bekas Perdana Menteri dan pemimpin tentera Israel. Beliau dilahirkan pada 27 Februari 1928 di Kfar Malal. Beliau telah berkhidmat di Israel Defense Forces (IDF) selama 25 tahun dan memegang jawatan Major-General. Beliau juga berkelulusan LL.B Undang-Undang di University Hebrew Baitulmuqaddis pada tahun 1962.


Beliau adalah pemimpin yang sangat kejam suatu ketika dahulu. Sepanjang tempoh beliau menjadi Perdana Menteri, banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. Dia telah merosakkan bumi Palestine. Beliau juga bertanggungjawab di atas kematian ramai kanak-kanak yang tidak berdosa dan juga pejuang-pejuang Islam. 


Dalam satu akhbar terbesar di Belanda, seorang Yahudi-Belanda iaitu George Sluizer telah menyatakan bahawa dia menyaksikan dengan mata kepala sendiri dua warga Palestin ditembak mati dengan pistol dari jarak dekat oleh Ariel Sharon pada tahun 1982 berhampiran kem pelarian Sabra-Shatilla.


"Saya bertemu dengan Sharon dan melihat dia membunuh dua anak dari jarak 10 meter di depan mata saya" kata Sluizer. Sluizer mengingati kejadian ini pada November 1982, ketika Sharon menjadi menteri pertahanan Israel. 


Peristiwa pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra-Shatilla itu tidak mungkin akan dilupakan dalam sejarah kemanusiaan. Serangan selama 3 hari itu telah mengorbankan seramai 3500 orang rakyat Palestin. 


Pada tahun 2001, Mahkamah Tinggi Belgium mahu membicarakan kes jenayah perang ke atas Sharon yang juga berbangsa Belgium, tetapi Israel menuduh tindakan itu berbau politik. Apabila kes itu didiamkan, seolah-olah tiada kekejaman yang berlaku dan kes itu lenyap begitu saja.


Sharon yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari bulan Mac 2001 hingga April 2006 namun kemudaia todak dapat menjalankan tugas-tugasnya selepas jatuh sakit akibat angin ahmar pada 4 Januari 2006. Pada awalnya beliau berada dalam keadaan koma sebelum mampu membuka mata. Tetapi sejak dari itu beliau tidak ubah seperti mayat hidup. Hanya matanya yang terbuka dan boleh memberi isyarat namun tidak boleh menggerakkan badan.


Doktor yang merawat beliau, Solomo Segav memberitahu, keadaan dan kesihatan Sharon yang hanya terbaring di katil hospital sejak beberapa tahun lalu sukar diramal. Sehingga kini Sharon masih hidup kerana degupan jantung dan tekanan darahnya masih bergerak seperti manusia normal.


Dan hari ini, Sharon bagaikan mayat hidup selepas beberapa tahun koma. Sehinggakan media di seluruh dunia terutamanya media barat berasa malu untuk menerbitkan gambar-gambar keadaan Sharon yang ada pada hari ini. 




Tiada yang mustahil. Mungkin inilah yang harus ditelan oleh Sharon di atas ribuan nyawa dan kezaliman yang dilakukan selama ini ke atas rakyat Palestin.


Kini Sharon yang berusia 84 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Solomo Segav mengatakan Sharon akan terus koma sehingga umur 90 tahun atas beberapa kajian yang telah dibuat.


Wallahualam.



Comments

  1. Sharon tak akan diterima bumi, semoga bisa memberi pelajaran buat PM sekarang Benyamin Netanyahu akan bernasib sama dengan ariel sharon...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Butter Cake (Gluten-Free)

Apa yang Rasulullah makan masa zaman dulu ?

Demam campak dan pantang larangnya.