Sahaja aku berpuasa...


Assalamualaikum semua. Selamat pagi (^_^)

Esok kita akan menyambut bulan Ramadan. Sekejap je dah nak puasa. Rasa macam baru je habis raya. Heh heh heh harap bulan puasa kali ini membawa seribu kebaikan kepada semua. Amin ya robbal alamin.

Baju raya dah siap, rumah dah kemas dah. Cepat tak cepat tak? Biskut raya je tak buat lagi. Tak boleh buat awal sangat nanti habis.

Malam ni dah boleh pergi terawih. Hoyeah! Kalau kita betul-betul menghayati keindahan Ramadan dan manisnya malam Lailatul Qadar, boleh menitis air mata ni. Subhanallah. Tak rugi pun bangun tengah malam untuk beribadat kepada Allah. Perbanyakkan amal di bulan yang penuh keberkatan ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Saya mohon ampun dan maaf kepada semua umat manusia di dunia ini jika apa-apa saja perbuatan dan percakapan saya menyinggung hati mana-mana pihak.




Comments

Popular posts from this blog

Butter Cake (Gluten-Free)

Apa yang Rasulullah makan masa zaman dulu ?

Demam campak dan pantang larangnya.