Cubaan Pertama

Hari tu saya dan Acha telah berjaya buat satu satu satu.....  Adalah..  Jap lagi saya bagitahu.  Hahahaha..  Memang dah lama teringin nak buat resipi tu cuma masa tak mengizinkan.  Cewah..  Takde masa konon.  Podah.  Saya memang suka cuba resipi baru.  Nak-nak lagi kek.  Oh sangat obses.  Cookies pun boleh la.  Tapi jarang dah nak cuba-cuba ni sebab dah duduk rumah sewa kat kelantan tuh ada masa pulak kan nak buat benda-benda tu semua.  Sibuk beli & makan aje.  Agagaga..  Tambah berat badan.

Tetiba teringat masa dudok kolej THO masa sem 1 dulu.  Kolej punyalah jauh dari kelas.  Atas bukit pulak tu.  Memang agak azab la.  Tapi nasib baik lah cafe dekat, foodcourt jua..  Lagi best masa time kena berkawat setiap hari Isnin ditambah pulak dengan kelas dari pukul 8.00 pagi sampai 4 ptg.  Huh teruk betul masa tu.  Nak kena ada dekat padang kawat pukul 5 ptg.  Kena sampai awal doh kalau tak bising lah komander tu.  Pot pet pot pet...  Yelah masa sem 1 dulu masuk Kesatria.  Benci betul kena kawad dengan budak-budak yang agak bebal otaknye nak berkawad.  Tiap kali kawad mesti takde mood.

Nak dijadikan cerita,  duduk jauh nun kat atas bukit sana, makan banyak mana pun berat tak naik-naik.  Tiap kali kelas habis pukul 2 ptg, mesti turun bawah pergi kedai kat luar beli nasi kukus.  Nikmat seh makan nasi kukus kat citu.  Betul-betul depan UiTM Machang.  Try lah.  Then naik hostel dah almost 3 o'clock.  Sampai bilik, solat then terus makan.  Lepas makan je memang takde keje lain lah.  Membuta sampai petang.  Bangun dari tidur mesti cakap kat roomate, 'Eh kau lapar x?' Hahaha...  Lepas tu lepas solat asar terus pergi foodcourt makan.

Sebenarnya kat entry kali ni saya nak share apa yang saya buat minggu lepas.  Memang ni pertama kali saya try buat benda ni.  Tak sangka pulak sedap.  Ingat kan tak jadi.  Tapi boleh lah kan daripada tak jadi langsung.  Cuma bentuknya je yang tak jadi sangat.  Petang saya buat, lepas Maghrib baru siap.  Ni lah dia.  Tadaaaa.....  Cream puff.



Bahan-bahan:
200 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
100 gm mentega
250 ml air
4 @ 5 biji telur


Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk (sampai jadi doh). Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk.
Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil.
Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak.
Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan (jgn putus) pada puff tersebut. Ataupun guna nozzle yang kecil dan cucuk dimana-mana bahagian. Isikan dgn krim kastad.

Krim Kastad

3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla


Cara:

Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk.
Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.

P/S: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkan di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

Comments

Popular posts from this blog

Apa yang Rasulullah makan masa zaman dulu ?

Kalau Berani 1 VS 0 lah !!

Demam campak dan pantang larangnya.