Mimpi je lah...



Aku merindui dia barangkali. Sampai dalam mimpi malam tadi pun ada dia. Ini serius *nada Wonderpets*. Siapa? Dia lah.. Ala kalau bagitahu pun uols bukan kenal pun. Ekeke.. Ok abaikan.


Bangun-bangun dari tidur mengenang mimpi malam tadi, teringat zaman cinta pertama. Uhuk uhuk! Takyah la gelak weh macam uols tak pernah bercintan cintun pulak *hish* Bila saya dapat cinta pertama? Masa dok kolej dulu masa amek dip. Iya, dialah cinta pertama saya. Wah, gitu ayat. Yelah sebab sebelum ni masa sekolah saya takde nye nak bercinta ni. Bluuwekk. Tapi bila dah masuk kolej, terasa gak nak ada boyfren bila tengok orang lain dok berkepit dengan marka kan... 


Bila saya dah berkenalan dengan si Sarip Dol (bukan nama sebenar) ni, memang tangkap cintan lah. Tapi cinta yang tu tak sampai setahun lalu dia pergi meninggalkan saya. Haih.. Masa tu frust menonggeng wa cakap sama lu. Tak caya tanya Teha *sila lihat entry sebelum ni untuk tahu siapa Teha*. Dia jelah yang bagi semangat masa tu. Ceh, ayat macam orang mati laki je.. Orang mati laki pun rilek je takde lah sampai nak tonggong tonggeng.





Ok kembali kepada dunia asal. Lepas putus cinta tu, lama jugak la saya tutup hati. Macam tutup kedai je ngko.  Lepas tu jumpa dengan si Polan ni. Tapi tak tahan dengan perangainya yang gila jauh berbeza dari cara hidup saya. So, I'm leaving. Then jumpe dengan Si Gila ni plak. Dia bajet bagus sangat tapi perangai cam harem. Reject!! Kesimpulannya, dalam masa beberapa tahun jumpa and kenal 2 orang yang tak betul tu, hati saya masih mengharapkan cinta pertama datang balik kepada saya walaupun dia pernah kata "There's still some love left for you". Tapi saya tahu itu tak mungkin.





Jadi saya kuatkan hati saya supaya cinta tidak menguasai diri. Tenang-tenang saje lah. Life must go on. Saya tahu saya seperti menunggu pisang berbuah dua kali kalau tunggu dia datang balik pada saya. Jadi saya putuskan untuk menjadi isteri kepada En Burger. Hoi hoi! Bila pulak? Berangan je lebih. Agagaga.. Sukati ah nak berangan ke ape. Ok enough! Hati saya untuk Mr Burger selamanya. Ayat skema gile macam cikgu bahasa melayu pulak. Dush! Dush!















KataSaya
Hidup yang complicated







Comments

Popular posts from this blog

Butter Cake (Gluten-Free)

Apa yang Rasulullah makan masa zaman dulu ?

Demam campak dan pantang larangnya.