Ape perkara-perkara yang korang boleh dan tokleh buat masa kenduri kahwin?
Assalamualaikum.
Tetibe hari ni nak cerita pasal kenduri kahwin. Kenapa weh? Sebab sekarang kan musim cuti sekolah. Confirmlah berduyun-duyun manusia yang buat kenduri kahwin time ni. *Asal cuti sekolah je orang kahwin, asal orang kahwin je cuti sekolah* Hari Ahad hari tu saya baru je pergi malis kahwin anak sepupu ayah. Meriah wooo... Mana taknya. Kampung tu kaum kerabat kitorang je kot yang conquer. Hahaha.. Sampaikan saya sendiri tak tau nama makcik-makcik pakcik-pakcik tu. Tengok muka barulah,
"Oh he is Pakcik Seman rupenye..."
"La.... Ni ke anak tokeh kuih talam tu..?"
Ok anyway. Dah merepek dah ni. Sekarang nak cakap pasal perkara-perkara yang kita sepatutnya dan tak sepatutnya buat di majlis perkahwinan sanak-saudara @ kengkawan @ sesapa jelah.
YANG PERTAMA, bila menghadiri majlis perkahwinan, sila berpakaian menepati majlis. Dah tahu dah nak pergi majlis kahwin jangan pulak kau bantai pakai jeans season dengan baju oldschool tu *bagi lelaki*. Dah kenapa..? Jangan bagi alasan macam ni ok,
"La... Ape salahnye. Bukan aku bukak baju pon." ATAU
"Daripada aku pakai singlet apek tu baik aku pakai t-shirt ni"
Bagi perempuan, toksah pakai jeans jugak. Tapi kalau nak pakai jeans, please dong.. Matchkan lah dengan blouse. Kalau nak pakai t-shirt, baik korang pi Time Square je jenjalan. Alahai sayang.. Ce pakai cecomel sikit. Nama pun pergi kenduri kahwin kan.. Baju kurung kan lawa.
YANG KEDUA, make up tipis. Ok ni obviously untuk orang perempuan. Dari pemerhatian saya, kadang-kadang kat majlis kahwin tu, tak kisah la majlis akad nikah ke majlis sanding ke, confuse mana satu pengantin. Hahaha.. Make upnye, mak ai.. Ngalahkan pengantin. Seriously!
YANG KETIGA, sebelum korang pergi belasah nasi minyak, salam dengan tuan rumah kedaun yang dok menyambut tu. Jangan main terjah je. Mmg pathetic sangatlah korang kan, macam jakon je..
YANG KEEMPAT, sila jangan pilih kasih. Pilih kasih kat sini bermaksud; kalau ada dua kenduri kahwin dalam 1 masa yang mana kenduri kahwin pertama kat rumah orang kaya baru kampung korang. Manakala kenduri kahwin kedua kat umah sedara korang yang biasa-biasa tu je. Amboi, mentang-mentang lah orang tu kaya, nak pegi yang tu jelah heh.. Konon majlis grand la tu. Ececeh.. Tak baik sebenarnya nak membeza-bezakan taraf hidup macam tu. Kita ni kan manusia di Bumi Allah. Sama je semuanya.
YANG KELIMA, jangan makan berbunyi sampai mengganggu orang yang duduk semeja dengan korang. Euuwwww! Korang paham tak apa yang saya cuba nak sampaikan ni? And based on my experience jugak. ada jugak segelintir umat yang suka makan bising-bising + makan sambil bercakap. Mulut penuh gile pun tergamak kau nak cakap-cakap?? Makan bising-bising disini bermaksud makan yang ada bunyi kalau makan mulut tak rapat. Paham? Kalau tak paham, cuba korang tanya jiran sebelah, kot-kot dia tahu nak wat demo. =.=!
Ok cukup lah setakat ni je. Kita sambung esok ke lusa ke minggu depan ke bila-bila lah.
Ok bye !
Perkara yg tak bley buat masa kat kenduri kawen? Takkan ada 5 je? Banyak la.. Gambar dgn penganten sambil korek idong tak bleh. Salam kerok dgn tetamu ambik duit menggantikan tuan romah, tak bley, gantikan pengantin dok bersanding atas pelamin, tak bley.. banyak ooo..
ReplyDeletekan saye kate baru setakat tu.. akan bersambung. =.=
ReplyDelete