Hamba Zaman Sekarang


Assalamualaikum brothers and sisters,

*Dunno how to start =.=!* Ok sebenarnya ada visitor yang jenguk-jenguk blog saya lately dan tinggalkan ini di blog saya.


Dan saya macam berminat. Hihihi..

Baik. Nak mengulas entri orang bukan senang weh. Macam judges mentor pulak. Tapi ni bukan contest mentor ke AF ke ok. Ni contest mengenai "Hamba Zaman Sekarang". Saya dah baca entri tersebut *sila klik SINI kalau nak baca*. Saya bersetuju dengan tuan punya blog. 

"Semakin tinggi pengharapan kita kepada Allah di dalam sesuatu amalan, semakin baiklah amalan tersebut. Begitulah sebaliknya jika semakin jauh kita daripada mengharapkan pandangan Allah dalam sesuatu amalan, maka semakin buruk dan kosong amalan-amalan itu."

Kadang-kadang kita ni leka sangat dengan duniawi. Kita selalu harapkan yang terbaik dalam hidup kita tapi kita lupa. Kita alpa padaNYA. Bila senang, kita lupa pada DIA. Tapi bila kita ditimpa kesusahan atau malapetaka, jam tu lah baru nak ingat Tuhan ye.. Jam tu lah baru nak doa minta tolong pada DIA. Ada pula segelintir daripada kita yang melakukan amalan-amalan yang baik tetapi mengharapkan pembalasan daripada hamba-hamba yang lain. Mengharapkan pujian dan sebagainya. Apa makna semua itu?

Kita kena ingat. Apa sahaja yang kita lakukan di bumi Allah ini *baik @ buruk* akan mendapat balasan dan ganjaran yang setimpal. Kalau kita buat baik hanya nak naikkan nama sendiri, nak dapatkan sanjungan daripada orang lain, susahlah. Dimana KEIKHLASAN kita dalam beramal? Buat amalan baik bukan kerana Allah, tapi untuk kepentingan sendiri. Wallahualam.

Ikhlas itu antara kita dan Tuhan saja. Sia-sia jelah kalau kita buat sesuatu then cakap,

"Ala.. Bukan besar mana pun. I ikhlas lah nak tolong dia."

Dari situ automatic perbuatan kita yang kita rasa ikhlas tu terus tak bermakna dah. Orang kalau betul-betul ikhlas tak sebut macam tu. Diam aje. Nabi bersabda,

"Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah". (HR An-Nasa'i)


Saya bukan siapa-siapa nak komen itu dan ini tentang manusia zaman sekarang. Saya juga bukan siapa-siapa nak menilai tahap keikhlasan seseorang. Tapi saya bersyukur kerana Allah masih sayangkan saya. Allah telah beri saya satu peluang untuk saya memperbaiki diri. Saya bersyukur. Tapi saya kesal dengan segelintir manusia yang masih tak sedar yang dunia ni semakin uzur. Masih tak sedar tentang bermacam-macam bala dan malapetaka yang Allah bagi pada kita. Tsunami, tanah runtuh, banjir besar, gempa bumi. MasyaAllah.. 



Harta tu semua kita akan tinggalkan di dunia dan hanya amalan yang akan dibawa ke sana. Jadi, mari sama-sama kita renungkan dan selamat beramal ~


Siapa nak join, klik INI.

Comments

Popular posts from this blog

Apa yang Rasulullah makan masa zaman dulu ?

Kalau Berani 1 VS 0 lah !!

Demam campak dan pantang larangnya.