Hidung tersumbat..!! Guna pelocok boleh tak?


Selesema adalah satu jangkitan pada hidung dan tekak yang biasanya disebabkan oleh virus. Ia juga turut memungkinkan akan berlaku jangkitan pada bahagian telinga tengah atau mnyebabkan cecair terkumpul di bahagian ini.


Ia tidak boleh dicegah tetapi kadar jangkitannya boleh dikurangkan. Ia sering menyerang kanak-kanak terutama sehingga kanak-kanak yang berusia dua tahun. Kanak-kanak boleh terganggu tidurnya apatah lagi kalau hidung tersumbat. Eh orang dewasa pun kena selesema tau. Oh saya sedang selesema ketika menulis entri ini sebab saya sangat alah dengan habuk. *baru lepas menyapu rumah*

Apa simptom-simptom selesema?

Batuk
Demam Sakit tekak
Susah nak bernafas *hidung tersumbat dan lebih teruk + berkahak*
Akan mula bernafas memalui mulut
Bersin
Letih *selesema memang meletihkan*
Sakit kepala *sebab kerap bersin*
Hilang selera makan

Cara mengurangkan jangkitan selesema:

Jangan duduk terlalu dekat dengan orang yang mengidap selesema. Nanti berjangkit baru tahu.
Basuh tangan sebelum makan dan selepas sentuh hidung. Kalau sesetengah orang, main-main hidung sikit pun boleh selesema.
Guna tuala tangan pakai buang. Elakkan guna tisu sebab tisu tu penyumbang kepada jugak. Tisu kan ada habuk-habuk dia..
Sila ajar anak @ adik @ kakak @ abang tu, tolonglah tutup mulut dan hidung bila bersin atau batuk. Ini tak bila batuk ke bersin ke, sukati je sebarkan virus.
Makan makanan berat dan amalkan gaya hidup sihat.

Rawatan selesema:

Rehat yang cukup *saya akan tidur lepas makan ubat selesema*
Minum banyak air
Mengamalkan makanan yang berzat *percaya atau tidak, saya akan makan ice cream untuk kurangkan selesema*
Pemberian Paracetamol untuk melegakan demam dan menbuka selera makan



Jadi, bagi sesiapa yang tengah sroooottt sroooott tu, makan limau banyak-banyak ye. Selesema jugak adalah disebabkan kurangnya Vitanim C dalam badan. Mujur kat rumah saya ada limau. Fuhh..!

Sroooottt...!!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Butter Cake (Gluten-Free)

Apa yang Rasulullah makan masa zaman dulu ?

Demam campak dan pantang larangnya.