Salah ke nak berubah ke arah kebaikan? Hipokritkah kita?


Assalamualaikum,

Selamat pagi. Pagi ni, sekarang ni sepatutnya saya kena study. Tapi hati tergerak nak buat satu entry. Takpe takpe lepas ni I study ye..

Persoalan yang selalu bermain dalam kepala otak saya -> Kenapa orang susah nak terima kalau orang lain nak berubah ke arah kebaikan? Apa jawapannya? Saya sendiri pun tak pasti. Tapi benda ni memang dah lama bermain dalan fikiran saya. Saya tertanya-tanya kenapa mesti ada yang dengki kalau kita nak berubah? Eh dengki ke? DAN bila seseorang buat perubahan ke arah kebaikan, ayat-ayat yang biasa kita dengar:

"Dah kenapa dengan dia ni? Buang tebiat ke hape?"

"Ee.. Menyampahnya aku. Hipokritlah dia tu. Nak menunjuklah tu konon."

"Eleh... Nak suroh orang lain puji la tu."

"Eh, dah insaf ke?"

Tapi jarang sangat kita dengar orang kata:

"Alhamdulillah, semoga dia akan terus jadi baik."

"Baguslah kalau dia betul-betul nak berubah"

"Kalau dia betul nak berubah, kita kena tolong dia."

Kenapa timbul persoalan-persoalan macam ni? Pada pendapat saya, mungkin diorang tak matang lagi dalam memikirkan tentang perubahan ke arah kebaikan seseorang. Tak semua orang dilahirkan baik. Maksud saya, takde lah keluar-keluar je terus jadi baik. Ada sesetengah orang memang sejak azali lagi memang baik. Ada juga sesetengah orang, dia nakal dulku then baru jadi baik. Manusia tak sempurna. Kita sentiasa perbaiki diri. Bukan lahir-lahir je terus jadi baik macam malaikat. 

Agaknya diorang dengki bebebo gamaknye dengan orang-orang baik ni. Diorang tak senang duduk tengok kawan dia baik dengan orang lain, susah hati tengok kawan dia hidup senang, dia susah hati kalau tak tengok orang lain susah. Ni sebenarnya bisikan Shaitonirrajim lah ni. Setan je buat kerja-kerja jahat macam tu. Halang anak-anak Adam buat baik. 


Syaiton dan konco-konconya memang akan rasa sempit hati bila nampak orang bergerak ke arah kebaikan. Dia rasa bengang, rasa marah dan rasa sangat-sangat la bengkek bila tengok orang buat baik. Sebab, tujuannya atas muka bumi ni terganggu. Semasa dia dilempar keluar dari syurga, dia telah bersumpah kepada Allah SWT:
Allah SWT berfirman:
“Iblis pun berkata: Oleh kerana Kau telah menyebabkan aku tersesat, maka sesungguhnya aku akan mengambil tempat menjadi penghalang mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka dari hadapan serta dari belakang mereka, dan dari kanan serta kiri mereka, dan Engkau akan mendapati tidak ramai dari mereka yang bersyukur” Surah Al – ‘Araff aayat 16-17.
Tapi benda ni, kalau cakap pada pengutuk-pengeji ni, mereka tidak akan faham.
Maka, jadikan ini inspirasi, kekuatan kepada yang nak merubah diri, agar terus sabar dan tabah. Hendak kembali kepada fitrah, hipokrit apanya?

Kenapa orang tak nak berubah? Tak pernah pula saya tanya orang,

"Ey, asal ko ni jahat ha? Ko tak nak berbuah jadi baik ke?"

Tapi mungkin orang lain ada tanya. Hehe.. Tapi akan ada orang jawab,

"Aku tak nak hipokritlah. Buat apa aku nak buat-buat jadi baik. Aku lagi suka hidup macam ni. Nak jadi-jadi baik bagai pulak. Aku bukan HIPOKRIT ok!"

Saya ada terbaca dalam satu page tu, dia kata mana kita tahu yang kita ni sebenarnya jahat@nakal , bukan baik? Siapa yang ajar? Dalam satu hadith, Rasulullah SAW bersabda,

“Setiap bayi itu lahirnya di atas fitrah, ibu bapanya(suasana pembesarannya) lah yang menjadikannya yahudi, nasrani dan majusi”


Kenapa Rasulullah SAW tak cakap: “Ibu bapanya(suasana pembesarannya)lah yang menjadikannya islam, yahudi, nasrani, dan majusi” ? Kenapa? Sebab bayi itu dilahirkan atas fitrah. Fitrah=Islam. Islam=baik.

Jadi, siapa kata menjadi baik itu hipokrit? Jadi jahat la hipokrit. Sebab jahat/nakal dan segala yang berkaitan dengannya itulah yang bukan diri kita sendiri.
Allah SWT pula berfirman:
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Dia berfirman): Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar, kami menjadi saksi(mengakuinya)” Surah Al-A’raff ayat 172.
Sebelum kita lahir lagi, fitrah kita adalah beriman. Fitrah kita adalah Islam. Fitrah kita adalah taat kepada Allah SWT. Sebab itu, pernah dengar kan kata-kata: “Bayi itu suci dari dosa”
Jadi, nak berubah kepada kebaikan, nak jadi hamba yang taat, Nak jadi anak yang soleh/solehah, nak jadi sahabat yang baik, kat mana hipokritnya? Ce bagitahu sikit.
So, kepada adik-adik, abang-abang, kakak-kakak yang mahu berbuah ke arah kebaikan,teruskan. Jangan biar kata-kata orang lain yang nak menjatuhkan semangat tu menguasai diri. Saya pun beepesan kepada diri sendiri.
Jadi renung-renungkan dan selamat beramal.

Comments

  1. betol 2 kak nana..slalu je orang nak persendakan kita, nak bahan kita..xda bg support langsung..at least bg la smangat kan..tp xsume yg camtu..so, better wat ape yg kita rasa betol n go on berubah ke arah kebaikan..pedulik la hape orang nak ckap...suke entry kak nana yg ni~

    =)

    ReplyDelete
  2. iye.. biasalah manusia, sikit pun rase gak jeles2 kan. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Butter Cake (Gluten-Free)

Apa yang Rasulullah makan masa zaman dulu ?

Demam campak dan pantang larangnya.